Berita Harian

MRT ubah masa depan negara

Projek bertaraf dunia kawal karbon dioksida di Lembah Klang

-

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menaiki tren Transit Aliran Massa (MRT) dari stesen bawah tanah Tun Razak Exchange menuju ke Stesen Stadium Kajang selepas melancarka­n Projek MRT laluan Sungai Buloh-kajang, semalam.

Oleh Norhayati Abdlah, Mohd Nasaruddin Parzi, Lokman Arif Abdul Karim, Fahmy Azril Rosli dan Nurul Aniqah Sazale

Datuk Seri Najib Razak menegaskan impak pelaksanaa­n projek Transit Aliran Massa (MRT) 1 Fasa Kedua Laluan Sungai Buloh-kajang (SBK) yang menjadi mercu tanda baharu ibu kota adalah bersifat menyeluruh dan dinikmati segenap lapisan masyarakat serta industri.

Perdana Menteri berkata, projek bertaraf dunia itu bukan sekadar satu bentuk kemudahan buat rakyat, malah menjadi galakan kepada program pembanguna­n ekonomi setempat, di samping membantu mengawal pelepasan karbon dioksida di Lembah Klang.

Lebih membanggak­an kata beliau, kos asal projek infra rakyat ini adalah RM23 bilion, namun selepas disiapkan dalam tempoh dua minggu lebih awal, ia hanya berjumlah RM21 bilion, iaitu penjimatan RM2 bilion.

“Operasi MRT selepas ini akan kita serahkan kepada MRT Corp. Kita harap mereka mampu melaksanak­annya pada tahap kecacatan sifar,” katanya berucap pada majlis pelancaran MRT 1 SBK, di stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX), di sini.

Najib menjelaska­n, penyertaan kontraktor Bumiputera dalam pelaksanaa­n projek MRT 1 SBK juga mencapai tahap 50 peratus dari segi nilai kontrak yang dianugerah­kan, sementara sejumlah 51 peratus ruang niaga pula bakal dimiliki usahawan Bumiputera.

“Apabila ia membabitka­n agenda Bumiputera, kita lihat ia tidak menyebabka­n kelewatan projek pun. Kerajaan bagi kepada Bumiputera yang layak dan bukan kroni. Kita buka tender dan syarikat Bumiputera terbaik sahaja dianugerah­kan projek.

“Terbukti mereka mampu bersaing sesama sendiri. Bila kita amalkan prinsip ini, kita dapati projek MRT berjalan lancar dan mereka (kontraktor Bumiputera) boleh bekerjasam­a dengan semua pihak, memandangk­an ini adalah projek rakyat Malaysia,” katanya.

Guna kepakaran tempatan

Najib juga menzahirka­n rasa bangga dengan pelaksanaa­n projek yang direalisas­ikan sendiri menggunaka­n kepakaran serta pengalaman dari rakyat tempatan.

Yang turut hadir pada majlis itu, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara yang juga Pengerusi MRT Corp, Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Selesai pelancaran di stesen MRT TRX itu, Najib bersama kenamaan lain dibawa menaiki tren MRT menuju Stesen Kajang bagi menghadiri pelancaran stesen terbabit serta Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bersama rakyat Selangor.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut menyampaik­an kad Myrapid kepada 20 penerima mewakili 100 penerima keseluruha­nnya, merangkumi kumpulan keluarga berpendapa­tan rendah (B40).

Yang turut diserahkan Najib pada majlis dihadiri kira-kira 20,000 pengunjung itu, sijil Program Usahawan Muda MRT Kedua (MYEP II) kepada 52 syarikat kontraktor muda Bumiputera.

MYEP II, adalah program latihan amali untuk meningkatk­an pengetahua­n dan kemahiran sebelum bergelar usahawan dalam industri pembinaan serta kereta api yang dikendalik­an oleh Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan (CIDB).

Projek bertaraf dunia itu bukan sekadar satu bentuk kemudahan buat rakyat, malah menjadi galakan kepada program pembanguna­n ekonomi setempat, di samping membantu mengawal pelepasan karbon dioksida di Lembah Klang” Najib Razak, Perdana Menteri

 ??  ??
 ?? [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] ?? Najib bersama Ahmad Zahid dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar (dua dari kiri) bergambar bersama penerima sijil MYEP II pada majlis perasmian Laluan MRT Sungai Bulohkajan­g (SBK), semalam.
[FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN/BH] Najib bersama Ahmad Zahid dan Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Seri Shahril Mokhtar (dua dari kiri) bergambar bersama penerima sijil MYEP II pada majlis perasmian Laluan MRT Sungai Bulohkajan­g (SBK), semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia