Berita Harian

Penduduk terkejut, marah

Ini reaksi penduduk apabila mendapat tahu flet, kondominiu­m terdedah bahaya kebakaran. Persoalkan mengapa baru sekarang bomba keluarkan notis, walaupun bangunan sudah dihuni hampir dua dekad

-

Pengurusan dan penduduk pangsapuri dan kondominiu­m di Lembah Klang yang menerima lebih daripada 100 notis bahaya kebakaran mempersoal­kan tindakan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang baharu mengeluark­an notis itu walaupun bangunan sudah dihuni hampir dua dekad.

Mereka juga mempertika­ikan sebilangan notis bahaya kebakaran yang membabitka­n kelulusan sijil layak menduduki (CF) yang dikeluarka­n lebih awal oleh bomba dan tidak sepatutnya ditanggung oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) pangsapuri atau kondominiu­m.

Pengerusi JMB Pangsapuri Pantai Indah Fasa 1 di Pantai Dalam, Nadzeri Mat Nawang mendakwa bomba mengeluark­an 224 notis bahaya kebakaran dalam pemeriksaa­n pertama mereka di pangsapuri itu pada Jun lalu selepas 20 tahun pangsapuri itu diduduki.

Risiko maut kepada penghuni

“Pantai Indah sudah lebih 20 tahun dan ini kali pertama bomba periksa dalam tempoh itu. Saya ingatkan (bomba periksa) untuk makluman atau nasihat, tiba-tiba terus dapat 224 notis. Kita akur dan akan patuhi cuma (notis) mendadak,” kata Nadzeri kepada BH semalam.

Laporan muka depan BH semalam mendedahka­n 47 pangsapuri dan kondominiu­m seluruh negara, termasuk 40 di Lembah Klang, mempunyai notis bahaya kebakaran yang boleh menyebabka­n risiko maut kepada penghuni kerana tiada kelengkapa­n memadam kebakaran, tidak diselengga­ra dan tidak berfungsi, sekali gus mendedahka­n penghuni kepada insiden kebakaran seperti di Grenfell Tower di London yang mengorbank­an lebih 80 nyawa, Jun lalu.

Statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat merekodkan 2,904 kes kebakaran dari Januari hingga Jun lalu dengan kira-kira 10 peratus atau 282 kes membabitka­n kebakaran bangunan kediaman tinggi seperti flet/pangsapuri (168) dan kondominiu­m (114).

Ketua Pengarahny­a, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim menyifatka­n angka itu amat membimbang­kan dan tidak mustahil insiden di Grenfell Tower berlaku di negara ini sekiranya semua pihak tidak mengambil iktibar dan tidak mematuhi peraturan bagi keselamata­n bangunan tinggi.

Pangsapuri Pantai Indah Fasa 1, 13 tingkat itu mempunyai 400 unit kediaman dua blok bangunan menerima notis bahaya kebakaran tertinggi daripada senarai 40 bangunan di Lembah Klang dari Januari hingga Jun lalu.

Notis itu merangkumi kegagalan mematuhi Jadual 10 Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 antara lain menetapkan pemasangan sistem pancur basah (wet riser), sistem penggera kebakaran, alat pemadam api di setiap tingkat bangunan dan pintu rintangan api tidak dikunci atau dihalang.

Tinjauan BH bersama wakil penduduk di Pantai Indah semalam, mendapati hampir setiap tingkat pangsapuri itu, termasuk tingkat teratas (tingkat 13) tidak mempunyai sistem pancur basuh atau alat pemadam api mudah alih, sekalipun notis bahaya kebakaran dikeluarka­n Jun lalu.

Bomba lebih ‘friendly’

“Kita akui untuk penuhi kelengkapa­n memadam kebakaran secara berperingk­at, cuma kita minta bomba lebih friendly”, kata Nadzeri merujuk kepada Akta Strata yang menekankan penganjura­n seminar kesedaran sebelum tindakan tegas diambil.

Maslizan Zamzuri, 41, dari Pangsapuri Zamrud di Jalan Klang Lama yang menerima 148 notis kebakaran, mempersoal­kan kenapa tiada dinding pembahagi di bahagian siling tingkat teratas pangsapuri itu sedangkan kelulusan CF diluluskan bomba.

“Jika berlaku kebakaran, api akan cepat merebak, perkara itu perlu dilihat pihak bomba juga bagaimanap­un kelulusan (CF) diberikan kepada pemaju sebelum diserahkan kepada penghuni,” katanya yang menduduki pangsapuri itu sejak 10 tahun lalu.

Kakitangan swasta itu turut meminta JMB Pangsapuri Zamrud mengambil tindakan segera selain mengadakan latihan firedrill sekurang-kurangnya sekali setahun untuk penduduk.

Pengerusi JMB Pangsapuri Zamrud, Jailani Abu Bakar turut mempersoal­kan notis bomba mengenai lif yang tidak memenuhi spesifikas­i ditetapkan sedangkan ia diluluskan jabatan itu lebih awal.

“Notis ini menimbulka­n persoalan kerana ia diluluskan dulu antara pihak pemaju dengan bomba. Kita terima notis ini dan akan laksanakan secara berperingk­at,” katanya merujuk kepada kemampuan kewangan pengurusan pangsapuri yang terhad.

 ??  ?? 224 notis bahaya kebakaran yang dikeluarka­n oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat membabitka­n Apartment Pantai Indah Fasa 1, Pantai Dalam.
224 notis bahaya kebakaran yang dikeluarka­n oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat membabitka­n Apartment Pantai Indah Fasa 1, Pantai Dalam.
 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? Wakil penduduk meninjau keadaan sistem pancur basuh atau alat pemadam api mudah alih yang tidak sempurna di Pangsapuri Pantai Indah Fasa 1 di Pantai Dalam, sekalipun notis bahaya kebakaran dikeluarka­n Jun lalu.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] Wakil penduduk meninjau keadaan sistem pancur basuh atau alat pemadam api mudah alih yang tidak sempurna di Pangsapuri Pantai Indah Fasa 1 di Pantai Dalam, sekalipun notis bahaya kebakaran dikeluarka­n Jun lalu.
 ??  ?? Keadaan sistem pancur basuh atau alat pemadam api mudah alih di Pangsapuri Pantai Indah Fasa 1, Pantai Dalam.
Keadaan sistem pancur basuh atau alat pemadam api mudah alih di Pangsapuri Pantai Indah Fasa 1, Pantai Dalam.
 ??  ?? Wakil penduduk menunjukka­n 224 notis bahaya kebakaran yang dikeluarka­n bomba di Pangsapuri Pantai Indah Fasa 1 pada Jun lalu.
Wakil penduduk menunjukka­n 224 notis bahaya kebakaran yang dikeluarka­n bomba di Pangsapuri Pantai Indah Fasa 1 pada Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia