Berita Harian

Diskaun 50 peratus guna MRT, LRT, Monorel, BRT

Lebih 500,000 pengguna berpeluang nikmati potongan harga mulai hari ini hingga 31 Ogos

- Oleh Faris Fuad

Lebih 500,000 pengguna Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT), Monorel dan Bas Rapid Transit (BRT) menikmati diskaun sebanyak 50 peratus tambang perjalanan mulai hari ini hingga 31 Ogos depan.

Pengumuman itu dibuat sempena pelancaran MRT 1 Fasa Kedua Laluan Sungai Buloh-kajang (SBK) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pagi semalam.

Ketua Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd, Datuk Zohari Sulaiman, berkata pihaknya sedang menyelaras­kan sistem tambang semua perkhidmat­an terbabit untuk kemudahan semua pengguna.

Orang ramai perlu rebut peluang guna MRT fasa dua

Katanya, orang ramai perlu mengambil kesempatan menggunaka­n MRT fasa dua dari Stesen Kajang ke Stesen Muzium Negara secara percuma sehingga tamat waktu perkhidmat­an semalam.

“Tren berakhir berlepas dari Stesen Kajang dan Muzium Negara kira-kira jam 11.30 malam ini (semalam). Perkhidmat­an fasa kedua MRT SBK akan beroperasi secara percuma antara Stesen MRT Kajang dan Stesen MRT Muzium Negara, yang dihubungka­n ke Stesen KL Sentral melalui laluan pejalan kaki bawah tanah hari ini (semalam).

“Ia sebelum dihubungka­n sepenuhnya dengan MRT fasa satu dari Stesen MRT Sungai Buloh, Stesen LRT dan KTM di dalam jaringan rel bersepadu Lembah Klang mulai jam 6 pagi esok (hari ini),” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, katanya, lebih 1,200 anggota Rapid Rail bersedia menyambut bilangan pengguna baharu perkhidmat­an MRT yang dijangka meningkat 10 kali ganda sehari berbanding jumlah pengguna MRT sedia ada.

Pada masa sama, katanya, Rapid Rail sedang mengubahsu­ai beberapa stesen utama selain yang sudah melalui pembaharua­n seperti Stesen LRT KL Sentral.

“Anjung Timur Stesen LRT KL Sentral sudah siap diubahsuai dan dibuka sepenuhnya mulai hari ini (semalam) sebagai pintu masuk kedua Stesen LRT KL Sentral,” katanya.

Orang ramai perlu mengambil kesempatan menggunaka­n MRT fasa dua dari Stesen Kajang ke Stesen Muzium Negara secara percuma sehingga tamat waktu perkhidmat­an semalam” Zohari Sulaiman, Ketua Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd

 ?? [FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] ?? Orang ramai mengambil peluang menggunaka­n perkhidmat­an MRT
[FOTO ASYRAF HAMZAH/BH] Orang ramai mengambil peluang menggunaka­n perkhidmat­an MRT
 ??  ?? laluan Sungai Buloh-kajang (SBK) fasa kedua selepas dilancarka­n, semalam.
laluan Sungai Buloh-kajang (SBK) fasa kedua selepas dilancarka­n, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia