Berita Harian

Sistem pengangkut­an rel lengkap

Jadi tulang belakang utama kepada perkhidmat­an awam kawasan Lembah Klang

-

Tren Aliran Transit Massa (MRT) 1 laluan Sungai Buloh-kajang (SBK) fasa kedua yang memulakan operasi secara rasmi semalam menjadi pelengkap kepada sistem jaringan pengangkut­an awam berasaskan rel di ibu kota.

Ia akan berintegra­si dengan sistem transit aliran ringan (LRT), monorel, KTM Komuter, KLIA Ekspres dan KLIA Transit, di samping menjadi tulang belakang utama kepada perkhidmat­an pengangkut­an awam di kawasan Greater di Lembah Klang.

Kunjungi kawasan baharu

Dengan pengenalan projek berimpak tinggi dan bertaraf dunia ini, MRT 1 akan mengunjung­i kawasan baharu yang memiliki kepadatan penduduk tinggi, serta tidak dilalui LRT.

Ia termasuk di Kajang, Cheras, Damansara, Bandar Utama dan Sungai Buloh, yang menempatka­n penduduk kebanyakan mencari rezeki di ibu kota, sekali gus menyebabka­n aliran trafik di sana terutama ketika waktu puncak penuh sesak.

Selesai MRT 1 SBK, ia akan diteruskan dengan pembinaan MRT 2 menghubung­kan laluan dari Sungai Buloh-serdang-putrajaya, serta MRT 3 yang menghubung­kan Bandar Utama di Petaling Jaya dengan Johan Setia di Klang, dijangka memulakan operasinya 31 Ogos 2020.

RT3 yang bakal mempunyai 26 stesen (25 stesen bertingkat dan satu bawah tanah) merentangi sejumlah 37 kilometer akan memanfaatk­an kira-kira dua juta penduduk di kawasan Koridor Barat Greater Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Menerusi pelaksanaa­n MRT SBK ini, kerajaan menjangkak­an penguranga­n kenderaan kira-kira 160,000 dijalan raya setiap hari, sekali gus langkah itu akan mengawal pelepasan karbon dioksida ke udara.

Projek MRT Lembah Klang juga adalah satu projek penggerak ekonomi di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), iaitu salah satu daripada 12 NKEA yang merangkumi Program Transforma­si Ekonomi (ETP).

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia