Berita Harian

254 kes pemerdagan­gan orang dihadap ke mahkamah

Sebanyak 363 tangkapan dibuat bagi tempoh Januari hingga Mei lalu

- Oleh Zanariah Abd Mutalib

Sebanyak 254 kes pemerdagan­gan orang dibawa ke mahkamah untuk pengadilan dari Januari hingga Jun tahun ini, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 67 sabitan berjaya diperoleh iaitu 43 kesalahan pemerdagan­gan orang dan 24 kesalahan lain berunsur pemerdagan­gan orang.

“Bagi tempoh Januari hingga Mei lalu, jumlah tangkapan yang direkodkan berkaitan jenayah ini ialah 363 tangkapan,” katanya dalam kenyataan selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Peringkat Tertinggi Majlis Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (HLC MAPO) Bil 2 2017 di Perdana Putra di sini, semalam.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, Malaysia berjaya melonjak ke Tahap Dua dalam Laporan Tahunan Jabatan Amerika Syarikat (JNAS) mengenai pemerdagan­gan orang yang dikeluarka­n pada 27 Jun lalu kerana negara melaksanak­an usaha untuk mematuhi Konvensyen Jenayah Rentas Sempadan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNTOC) dan Akta Pemerdagan­gan Perlindung­an Mangsa (TVPA) 2000.

“Ini hasil komitmen tinggi dan usaha konsisten yang ditunjukka­n ahli HLC MAPO dalam peningkata­n siasatan, pendakwaan dan sabitan kes pemerdagan­gan orang termasuk beberapa penambahba­ikan dalam aspek perlindung­an mangsa,” katanya.

Perkembang­an positif

Selain itu, beliau berkata, kerajaan melihat pembabitan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam pengurusan mangsa pemerdagan­gan orang sebagai satu perkembang­an positif dan perlu diteruskan bagi memastikan kebajikan mangsa terpelihar­a dan tanggungja­wab dapat dikongsi bersama.

“Ini selaras dengan komitmen negara bagi melaksanak­an pindaan Akta Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang berkuat kuasa sepenuhnya pada November 2015,” katanya.

Ahmad Zahid berkata, bagi menyambut Hari Kesedaran Jenayah Pemerdanga­n Orang pada 30 Julai setiap tahun, satu program kerjasama antara kerajaan dan NGO akan diadakan pada 30 Julai ini di Taman Perindustr­ian Teknologi Tinggi Subang.

 ?? [FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] ?? Ahmad Zahid mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Peringkat Tertinggi Majlis Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran di Putrajaya, semalam.
[FOTO MOHD FADLI HAMZAH/BH] Ahmad Zahid mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Peringkat Tertinggi Majlis Antipemerd­agangan Orang dan Antipenyel­udupan Migran di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia