Berita Harian

7 tahun gagal isytihar pendapatan RM20 juta

-

Kota Bharu: Sebuah syarikat berpangkal­an di Melaka, antara yang dikesan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana gagal mengisytih­ar pendapatan dianggarka­n berjumlah RM20 juta sejak tujuh tahun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDN, Datuk Noor Azian Abdul Hamid, berkata syarikat terbabit adalah antara 3,445 pembayar cukai culas yang akan diaudit sempena Pelancaran Operasi Ops Patuh yang bermula semalam hingga Jumaat ini.

Katanya, siasatan mendapati syarikat itu mempunyai beberapa anak syarikat jenis milikan tunggal yang gagal menyerah Borang Cukai Pendapatan sejak tahun 2010 hingga 2016.

“Kes syarikat ini adalah hasil kerjasama strategik diantara LHDN dan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dalam usaha menangani ketirisan cukai,” katanya kepada pemberita pada majlis Kunjungan Mesra Hasil Bil 4/2017 (Operasi Patuh) di LHDN Kota Bharu, di sini, semalam.

LHDN komited menyiasat

Noor Azian berkata, penyiasata­n ke atas syarikat itu membuktika­n LHDN komited bagi memastikan syarikat atau individu yang berkelayak­an membayar cukai melaksanak­an tanggungja­wab mereka bagi membantu pembanguna­n sosial negara.

Sementara itu, Noor Azian berkata, bagi Ops Patuh, seramai 1,279 pegawai daripada 37 cawangan LHDN seluruh negara digerakkan bagi mengesan seramai 3,445 pembayar cukai yang culas mengisytih­ar pendapatan.

“Mereka akan diaudit kerana gagal mengemukak­an Borang Nyata Cukai Pendapatan (Borang B) melebihi tiga tahun taksiran. Seramai 330 pegawai LHDN juga sedang melakukan siasatan terhadap 91 syarikat yang sudah mengemukak­an borang berkenaan, tetapi masih tidak membayar cukai,” katanya.

Kes syarikat ini adalah hasil kerjasama strategik diantara LHDN dan Suruhanjay­a Syarikat Malaysia (SSM) dalam usaha menangani ketirisan cukai” Noor Azian Abdul Hamid, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Dasar) LHDN

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia