Berita Harian

Ramai tak tahu premis terima notis kebakaran

Pengurusan bangunan patut maklum kepada penduduk

-

Norasyidah Othman, penduduk Pangsapuri Pantai Indah Fasa 1

Terkilan dan terkejut! Itu reaksi penduduk di beberapa pangsapuri dan kondominiu­m di Lembah Klang yang menerima lebih 100 notis bahaya kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Saya terkilan dapat tahu perkara ini daripada media. Saya harap pengurusan bangunan akan ambil tindakan segera kerana ini membahayak­an nyawa. Saya tak tahu bangunan yang didiami ini mempunyai risiko tinggi berlaku kebakaran.

“Kita tidak tahu bila kebakaran akan berlaku, sama ada siang atau malam,” kata penduduk Pangsapuri Pantai Indah Fasa 1, Norasyidah Othman ketika ditemui wartawan BH, semalam.

Norasyidah yang juga ibu tunggal dan mempunyai tiga anak berpindah ke pangsapuri itu di Pantai Dalam dari Jalan Klang Lama selepas kematian suaminya, Mohd Faizal Samsudin, 36, kira-kira tiga bulan lalu akibat penyakit buah pinggang.

224 notis bahaya

Pangsapuri yang mempunyai dua blok bangunan dengan 400 unit kediaman itu menerima 224 notis bahaya kebakaran daripada bomba antara lain kerana tidak mempunyai alat pemadam kebakaran mudah alih di setiap tingkat premis kediaman tinggi itu.

Jadual 10 Undang-undang Bangunan Seragam 1984 antara lain menetapkan bangunan

S Pramilla Suri rumah dari Villa Angkasa

melebihi 30 meter (10 tingkat) mempunyai sistem pancur basah (wet riser), sistem penggera kebakaran, alat pemadam api di setiap tingkat dan diselengga­ra sekurang-kurangnya setahun sekali serta memastikan pintu rintangan api tidak dihalang atau dikunci.

Widasamy Ratnam, 57, dari Pangsapuri Zamrud berkata beliau amat terkejut apabila dimaklumka­n pangsapuri yang didiaminya bersama empat ahli keluargany­a sejak 10 tahun lalu menerima lebih 100 notis bahaya kebakaran daripada bomba.

Beliau kesal kerana penduduk tidak dimaklumka­n mengenai notis bahaya kebakaran, sedangkan mereka yang akan menanggung akibat jika insiden kebakaran berlaku.

“Tak patut begitu, kalau ada kecemasan bahaya. Kita kena sediakan semua kelengkapa­n (memadam kebakaran) kerana kemalangan (kebakaran) boleh berlaku bila-bila masa,” kata kakitangan swasta itu.

Pangsapuri Zamrud menerima 148 notis bahaya kebakaran pada Februari lalu, namun belum mematuhi notis itu sepenuhnya.

Pengurusan tak maklum

Suri rumah dari Villa Angkasa, S Pramilla, berkata pihak pengurusan bangunan itu tidak pernah memaklumka­n mengenai notis bahaya kebakaran itu.

“Kawalan keselamata­n di sini baik tapi kebakaran itu saya tak tahu sejauh mana risikonya. Tapi bimbang juga keadaan itu,” katanya merujuk kepada 125 notis bahaya kebakaran yang diterima pengurusan bangunan itu seperti dilaporkan BH, semalam.

Pramilla menetap di villa itu sejak 15 tahun lalu.

Seorang lagi penduduk yang mahu dikenali sebagai Raju, 67, berkata pili bomba di depan rumahnya sudah tiada, tetapi bangunan itu tidak pernah mengalami insiden kebakaran.

Widasamy Ratnam, Penduduk Pangsapuri Zamrud Saya terkilan dapat tahu perkara ini daripada media. Saya harap pengurusan bangunan ambil tindakan segera kerana ini membahayak­an nyawa. Saya tak tahu bangunan didiami ini berisiko tinggi berlaku kebakaran” Kawalan keselamata­n di sini baik tapi kebakaran itu saya tak tahu sejauh mana risikonya. Tapi bimbang juga keadaan itu” Tak patut begitu, kalau ada kecemasan bahaya. Kita kena sediakan semua kelengkapa­n kerana kebakaran boleh berlaku bila-bila masa”

 ?? [FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] ?? Wakil Apartment Pantai Indah Fasa 1, Pantai Dalam menunjukka­n 224 notis bahaya yang dikeluarka­n bomba.
[FOTO SAIRIEN NAFIS/BH] Wakil Apartment Pantai Indah Fasa 1, Pantai Dalam menunjukka­n 224 notis bahaya yang dikeluarka­n bomba.
 ?? [FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] ?? Hos pemadam api tidak disediakan di Kondominiu­m Villa Angkasa, Sentul.
[FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN/BH] Hos pemadam api tidak disediakan di Kondominiu­m Villa Angkasa, Sentul.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia