Berita Harian

‘Tarik balik CF, kenakan denda tinggi’

Pelan Induk Pencegahan Kebakaran Negara wajar diperkenal

-

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas terhadap pihak pengurusan 47 bangunan kediaman tinggi di seluruh negara yang gagal menyediaka­n kelengkapa­n kebakaran mengikut piawaian ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata antara tindakan tegas yang perlu diambil adalah dengan menarik balik sijil kelayakan menduduki (CF) bangunan kerana gagal mematuhi undang-undang ditetapkan, selain mengenakan denda yang tinggi.

Tak endah notis bahaya

Katanya, selama ini, pihak pengurusan tidak mengendahk­an notis bahaya kebakaran itu kerana tiada tindakan tegas boleh diambil terhadap mereka jika mengabaika­n notis itu.

“Memandangk­an bahaya kebakaran sering berlaku dan boleh membunuh mangsa serta merosakkan harta benda, pihak berkuasa dan agensi berkaitan kebakaran dan keselamata­n perlu mengkaji semula beberapa perkara mengenai undang-undang dan cara menghindar­i kebakaran. Barangkali sampai masa akta sedia ada disemak dan dipinda ikut kesesuaian.

“Dasar Penyenggar­aan Bangunan Awam juga perlu diperkenal­kan. Seterusnya, membentuk Pelan Induk Pencegahan Kebakaran Negara, terutama di bangunan kediaman tinggi. Kita tidak boleh bertolak-ansur dengan sikap kurang prihatin terhadap bahaya kebakaran dan risiko keselamata­n,” katanya ketika dihubungi BH , di sini, semalam.

Yang Dipertua Persatuan Keselamata­n Pengguna Kuala Lumpur (PKPKL), Samsudin Mohamad Fauzi, pula meminta PBT memastikan penyenggar­aan bangunan kediaman tinggi di seluruh negara mengikut spesifikas­i yang ditentukan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 selain melakukan audit penyenggar­aan secara berkala dan lebih sistematik.

Dalam penyenggar­aan bangunan, katanya, binaan bangunan seperti pintu, lantai, dinding dan bumbung perlu mengikut spesifikas­i yang ditentukan mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam, 1984.

Peralatan perlu lengkap

“Selain itu, peralatan mencegah kebakaran perlu lengkap. Ini termasuk alat pemadam kebakaran, penggera kebakaran, perenjis air dan maklumat berkaitan keselamata­n dan kebakaran. Semua peralatan mencegah kebakaran juga perlu diaudit mengikut tempoh tertentu,” katanya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, pula meminta semua pihak membuang sikap lewa yang hanya bertindak balas apabila berlaku kemalangan.

“Saya minta pihak yang berkenaan mengambil langkah proaktif untuk mencegah dan tidak bersikap reaktif, iaitu hanya mengambil tindakan selepas tragedi berlaku,” katanya

Memandangk­an bahaya kebakaran sering berlaku dan boleh membunuh mangsa serta merosakkan harta benda, pihak berkuasa dan agensi berkaitan kebakaran dan keselamata­n perlu mengkaji semula beberapa perkara mengenai undangunda­ng dan cara menghindar­i kebakaran” Lee Lam Thye, Pengerusi Institut Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia