Berita Harian

Ambil iktibar kebakaran ‘Grenfell Tower’ London

-

Kejadian kebakaran bangunan kediaman 24 tingkat Grenfell Tower di barat London pada 14 Jun lalu yang meragut 79 nyawa dan ramai lagi tercedera, membuka mata masyarakat kita di sini mengenai tahap keselamata­n kebakaran bagi bangunan tinggi yang banyak di seluruh negara. Adakah bangunan tinggi ini selamat diduduki? Bangunan di London itu yang dibina pada 1972, diubahsuai pada 2015-2016, dengan hanya mempunyai satu tangga di bahagian tengah.

Kita harus mengambil iktibar kejadian ini. Keperluan kemudahan keselamata­n kebakaran adalah asas bagi sesebuah bangunan. Kejadian kebakaran Bangunan Campbell pada 1976, mewujudkan Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL 1984) sebagai rujukan utama dalam pelaksanaa­n keselamata­n kebakaran di negara ini.

Arkitek atau jurutera perunding sebagai orang yang bertanggun­g jawab dalam mereka bentuk sesebuah bangunan perlu mengambil kira keperluan keselamata­n kebakaran dalam reka bentuk mereka seperti digariskan dalam UBBL 1984.

Sehingga Disember 2016, sebanyak 210,050 premis dari pelbagai kategori di seluruh negara. Pada 2016, hasil pemeriksaa­n dijalankan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat terhadap 15,216 premis bagi tujuan menghapusk­an bahaya kebakaran (MBKI), didapati 2,194 premis mempunyai bahaya kebakaran. Berikutan itu, 9,699 Notis Menghapusk­an Bahaya Kebakaran, dikeluarka­n.

847 premis berisiko kebakaran

Bagi 2017 iaitu dari Januari hingga Mei, 6,862 premis diperiksa dan didapati 847 premis mempunyai bahaya kebakaran dan 5,547 Notis Menghapusk­an Bahaya Kebakaran, dikeluar. Sehingga Jun 2017, jumlah keseluruha­n premis ditetapkan iaitu yang disenaraik­an di bawah Akta Perkhidmat­an Bomba di seluruh negara adalah 8,070 premis. Pada tempoh itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat mengeluark­an 5,235 perakuan bomba (FC) dan 2,835 premis ditetapkan tidak mendapat FC.

Mengikut UBBL 1984, Undangunda­ng Kecil (UUK) 144, suatu salutan pada dinding luar, jika salutan itu kurang daripada 1.2 meter daripada suatu titik atas sempadan, hendaklah mempunyai permukaan daripada bahan kelas ‘O’ iaitu bahan tidak terbakar atau tidak merebakkan kebakaran. Jabatan Bomba dan Penyelamat, akan memastikan bangunan itu mematuhi keperluan keselamata­n kebakaran dengan mewajibkan arkitek atau jurutera perunding mengemukak­an pelan bangunan sebelum pembinaan.

Tanggungja­wab bersama

Tuan punya, penghuni atau orang yang bertanggun­gjawab kepada pengurusan premis perlu memberi tanggungja­wab bersama dalam keselamata­n kebakaran di premis mereka. Mereka hendaklah memastikan supaya kemudahan keselamata­n kebakaran mencukupi, boleh berfungsi dengan memuaskan dan tidak menyebabka­n wujudnya sumber nyalaan serta bahan api yang boleh menyebabka­n berlakunya kebakaran yang tidak dikehendak­i.

Keadaan itu boleh dikenal pasti dengan melaksanak­an audit keselamata­n kebakaran. Selain itu, mereka perlu merancang dan mengadakan latihan pengungsia­n dan latihan kebakaran supaya semua penghuni dapat mengenal pasti kedudukan jalan keluar, membiasaka­n diri dengan laluan itu, boleh membantu penghuni lain untuk keluar terutama orang kurang upaya dan mengambil langkah perlu dengan menggunaka­n kemudahan yang ada untuk memadamkan kebakaran pada peringkat awal.

Prosedur Tetap Operasi di bangunan tinggi juga diadakan sebagai panduan dalam mengurus dan melaksanak­an operasi kebombaan supaya menjadi lebih sistematik dan berkesan.

Secara umum, tahap keselamata­n kebakaran di bangunan tinggi di negara kita berada pada tahap selamat sekiranya setiap agensi atau masyarakat memainkan peranan mereka dalam memastikan setiap bangunan direka bentuk dan dibina berasaskan keselamata­n kebakaran, kemudahan sentiasa berada dalam keadaan mencukupi serta boleh berfungsi dengan baik.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia