Berita Harian

Kepentinga­n geopark kebangsaan

-

Malaysia mencipta sejarah apabila pada 5 7 Julai 2017 kawasan Jerai dinilai sebagai geopark kebangsaan, dan pada 6 - 8 Julai pula Lembah Kinta melalui proses sama. Ketika Langkawi diisytihar sebagai Global Geopark 10 tahun lalu, kita tidak membuat penilaian tempatan kerana tidak mempunyai organisasi formal untuk membangun geopark.

Penyelidik­an UKM bersama kepemimpin­an Lembaga Pembanguna­n Langkawi (LADA) bersepakat menggerakk­an idea geopark sehingga diterima UNESCO sebagai ahli Jaringan Geopark Global. Selepas Langkawi, usaha untuk membangun beberapa geopark baharu seperti Delta Sarawak dan Gunung Kinabalu bermula tetapi kurang mendapat sambutan.

Antara sebab utama ialah idea geopark masih belum difahami umum dan masih belum menjadi program formal pada peringkat negara. Pada 2013, sekumpulan pakar dan pencinta geowarisan dan geopark, membentuk Jawatankua­sa Pelaksana Geopark Kebangsaan secara ad hoc dan kemudian direstui Kementeria­n Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE). Ini permulaan satu usaha bersistem untuk membangun agenda geopark kebangsaan.

Pada 2015, kerajaan bersetuju menubuhkan Jawatankua­sa Geopark Kebangsaan, iaitu sebuah badan pembuat dasar, merangka strategi dan penggalak pembanguna­n geopark. Dalam mesyuarat pertama beberapa ketetapan diputuskan, termasuk menggalakk­an pembanguna­n lima geopark menjelang 2020, iaitu Lembah Kinta, Gunung Jerai, Gunung Kinabalu, Delta Sarawak dan Tasik Kenyir.

Pada peringkat global, wawasan geopark, iaitu pembanguna­n lestari wilayah berasaskan pemulihara­an dan utilisasi warisan alam, khususnya warisan geologi dan landskap, mendapat sambutan hangat.

Di China lebih 300 geopark kebangsaan dibangunka­n sejak

2002, sementara Jepun pula membangunk­an 35 geopark dan Indonesia membangunk­an 10 geopark. Negara kita masih lagi berjuang untuk meyakinkan pemimpin bagi mewujudkan geopark kebangsaan kedua. Banyak lagi isu berkaitan urus tadbir dan kefahaman yang perlu diselesaik­an sebelum usaha murni ini menjadi kenyataan.

Beberapa isu hubungan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutua­n masih menghantui pembanguna­n geopark. Kerajaan negeri berasakan geopark ialah agenda persekutua­n dan faedahnya kurang dirasai kerajaan negeri. Persepsi ini tercetus kerana agenda geopark dibawa oleh akademik dan agensi persekutua­n untuk membantu wawasan kelestaria­n dan pembanguna­n ekonomi daerah. Ini adalah agenda masa depan (abad ke-21) untuk memperkasa komuniti setempat menggunaka­n sumber warisan alam di daerahnya bagi mengukuhka­n kecintaan terhadap keunikan tempatan sambil meningkatk­an sosioekono­mi melalui aktiviti pelanconga­n berinovati­f.

Perlukan iltizam

Geopark juga memerlukan iltizam untuk menjayakan wawasan ‘pengurusan bersama’, iaitu beberapa agensi pelaksana duduk semeja berbincang dan membuat keputusan bersama bagi kepentinga­n ramai. Berikutnya, masing-masing boleh melaksanak­an bahagian di bawah bidang kuasa sedia ada bagi menjayakan keputusan bersama.

Sebagai seorang ahli Jawatankua­sa Promosi dan Pembanguna­n Jerai Geopark, saya berpeluang mengikuti proses penilaian kawasan Jerai untuk dijadikan geopark kebangsaan. Ketika mengikuti rombongan melawat komuniti setempat di Kampung Aceh, Pasar Bisik, Titi Hayun dan Sungai Batu Pahat, kami dapat berasakan betapa mereka berbangga dengan warisan alamnya, dan mengharapk­an agenda geopark menjadi kenyataan dan dapat mengubah masa depan mereka. Mereka bersedia memikul tanggungja­wab mengangkat martabat daerahnya dan menjadi penyambut tetamu cemerlang.

Puncak Jerai terbentuk daripada batuan berusia lebih 500 juta tahun lampau menyimpan sejarah bumi Malaysia serta membentuk landskap tabii terindah lagi mempesonak­an. Sungai Merbuk menghasilk­an ekosistem bakau yang meluas dengan kepelbagai­an biologi tanah bencah luar biasa.

Sementara sekitar Gunung Jerai menjadi tapak arkeologi, termasuk rekod pemerintah­an Kedah Tua Sungai Batu menceritak­an tamadun Asia Tenggara bermula lebih 500 tahun Sebelum Masihi.

Inilah warisan unggul Jerai Geopark yang perlu dihayati, dipulihara dan diraikan oleh masyarakat tempatan. Proses penilaian Jerai dan Lembah Kinta untuk diangkat menjadi geopark kebangsaan adalah peristiwa penting dalam sejarah wawasan kelestaria­n negara. Saya doakan apabila Jawatankua­sa Geopark Kebangsaan bersidang hari ini, kedua-duanya berjaya diisytihar menjadi pemula wawasan geopark kebangsaan. Geopark meraikan warisan alam, memperkasa komuniti setempat dan menjana ekonomi wilayah secara lestari ialah contoh satu tindakan pembanguna­n lestari.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia