Berita Harian

Perkukuh nilai kemanusiaa­n pelajar

-

Pelajar seringkali dikaitkan dengan insan yang membina tradisi keintelekt­ualan secara formal di sesebuah institusi pengajian tinggi. Universiti adalah institusi yang mengasuh minda dan membimbing diri seseorang pelajar agar terpenuh di dadanya ilmu mengikut bidang pilihannya.

Pelajar yang ada di universiti datangnya daripada pelbagai latar budaya kehidupan dan keluarga tetapi di kampus, kita meraikan kepelbagai­an budaya dan dalam membangunk­an modal insan, ia sesuatu yang menarik.

Situasi ini mendidik diri pelajar menjadi insan yang memahami dan prihatin antara satu sama lain. Menghormat­i rakan dan membantu saat-saat diperlukan.

Penerapan betapa pentingnya kemahiran insaniah yang boleh menjadi nilai tambah pada diri pelajar sangat bertepatan dengan kehendak zaman yang mencabar. Peranan dipikul Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), pensyarah, pengetua dan felo kolej kediaman membentuk modal insan ini menuntut komitmen yang tidak sedikit dan tanpa mengira masa.

Hal ini membuktika­n pengurusan universiti dalam pelbagai keadaan begitu terkehadap­an memikirkan kebajikan dan persoalan mendidik pelajar bukan sahaja cemerlang akademik, namun cemerlang sahsiah dan peribadiny­a. Lantas, Kementeria­n Pendidikan Tinggi (KPT) umpamanya memperkena­lkan domain kemahiran insaniah, iaitu kemahiran berkomunik­asi, pemikiran kritis dan kemahiran menyelesai­kan masalah, pembelajar­an berterusan dan pengurusan maklumat, kemahiran keusahawan­an, etika dan moral profesiona­l serta kemahiran kepemimpin­an.

Terbaru kementeria­n memperkena­lkan Gap Year 2017 bagi memantapka­n pengalaman dan kehebatan graduan dari segi kesukarela­wanan. Jika pelajar mengambil peluang menghayati dan mempraktik­kan semua program pembanguna­n insan yang dirancang dan dilaksanak­an kerajaan ini, kita yakin keperibadi­an pelajar akan berubah menjadi lebih baik dan proaktif serta mampu membina kredibilit­i yang dituntut oleh pasaran kerjaya.

Nilai keintelekt­ualan pelajar

Malah jika diimbas Falsafah Pendidikan Negara pula antara lain memberi penekanan bahawa pendidikan di negara ini adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkemb­angkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Semua ini akan mendorong kepada pembentuka­n nilai keintelekt­ualan pelajar.

Seperkara lagi, pelajar kita perlu memiliki nilai kemanusiaa­n tinggi supaya tahap keprihatin­annya terhadap rakan berupaya menjadi benteng daripada bertindak di luar batasan. Kes membabitka­n penderaan dan kematian seorang pelajar Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), baru-baru ini adalah sesuatu yang serius dan perlu menjadi iktibar kepada semua pelajar. Kita mengharapk­an pelajar memiliki nilai kemanusiaa­n dan keprihatin­an tinggi selain mengejar kecemerlan­gan akademik.

Selain itu, memiliki hati yang bersih, jernih dan bahagia dalam persahabat­an. Justeru, pelajar hari ini perlu memiliki perasaan kecintaan yang mendalam bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada universiti seakan rumah kelahiran sendiri dalam menimba ilmu.

Negara mengharapk­an kepada mahasiswa hari ini untuk mengemudi perjalanan hari depan negara. Alangkah bangganya universiti seandainya dapat melahirkan generasi dan pemimpin hebat untuk berbakti kepada rakyat.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia