Berita Harian

Timbunan sampah punca projek jambatan lewat

Syarikat pembinaan kesal pihak tertentu ceroboh, kotorkan kawasan

- Oleh Yusra Adibah Zakaria

Pengarah sebuah syarikat kontraktor binaan kesal kerana tapak projek jambatan yang diuruskann­ya dijadikan sebagai pusat pembuangan sampah selain dinding yang menutup kawasan tapak projek itu dirosakkan pihak tertentu.

Pengarah Pods Ventures Malaysia Sdn Bhd, Selvajothy Anal, berkata syarikatny­a diberi tanggungja­wab membina jambatan bagi menghubung­kan Jalan 3/1 ke Jalan 6/1 Kampung Melayu Taman Kepong Indah, Kepong, di sini.

Katanya, kawasan tapak projek itu mempunyai gaung dan sebelum ini ada beberapa rumah setinggan dan pihaknya sudah membersihk­an kawasan berkenaan serta menutup tapak kawasan pembinaan itu bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan itu.

Penduduk kawasan berkenaan serta penduduk Kampung Melayu Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) yang terletak berdekatan kawasan perumahan itu memerlukan jambatan berkenaan bagi menghubung­kan mereka dengan laluan yang dipisahkan oleh gaung itu.

Pendekkan jarak laluan

Tanpa jambatan itu penduduk terpaksa menggunaka­n jalan lain sejauh 1.5 kilometer, untuk ke seberang.

Jambatan berkenaan dimohon penduduk sejak 2015 daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyelesai­kan masalah yang mereka hadapi.

Pembinaan jambatan itu bukan sekadar menghubung­kan keduadua kawasan tetapi ia juga dapat menyelesai­kan beberapa masalah kerana kawasan gaung berkenaan berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk serta hidupan liar seperti ular dan biawak.

Sebelum ini kawasan gaung berkenaan juga menjadi sarang kumpulan remaja melepak.

Selvajothy berkata, bagi pembinaan jambatan itu, pihaknya akan menambak dengan tanah dan batu untuk menutup gaung sedalam 15 meter itu dan sedang melaksanak­an kerja itu.

Apabila jambatan itu siap ia juga akan menjadi laluan alternatif kepada penduduk untuk keluar masuk ke lebuh raya berhampira­n, katanya.

Ceroboh, buang sampah

Katanya, apa yang dikesalkan ialah apabila ada pihak memecah masuk tapak projek itu dan membuang sampah di kawasan gaung berkenaan.

“Apa yang lebih teruk, ada yang mengadu kepada DBKL berkenaan masalah sampah itu dan bagi mengelakka­n berlaku masalah kami mengambil tanggungja­wab membersihk­annya.

“Bagaimanap­un selepas kerja membersihk­an kawasan itu dilaksanak­an ada pihak yang terus membuang sampah dan menceroboh kawasan itu.

“Keadaan ini menyebabka­n projek berkenaan tergendala. Mereka yang menceroboh masuk ke tapak projek berkenaan mengatakan saya bertanggun­gjawab terhadap sampah itu yang mendatangk­an bau busuk di kawasan itu.

Selvajothy berkata, bagi memastikan projek jambatan itu dapat dilaksanak­an pihaknya sentiasa membersihk­annya dengan pekerja diberi tugas mengasingk­an kayu, papan dan besi yang dibuang untuk dikitar semula.

Justeru beliau meminta DBKL memantau tapak projek berkenaan bagi memastikan ia tidak diceroboh dan mengelak syarikatny­a dituduh menjadikan kawasan berkenaan sebagai tapak pelupusan sampah.

Bagaimanap­un selepas kerja membersihk­an kawasan itu dilaksanak­an ada pihak yang terus membuang sampah dan menceroboh kawasan itu” Selvajothy Anal, Pengarah Pods Ventures Malaysia Sdn Bhd

 ??  ?? (gambar kiri) dijalankan di Taman Kepong Indah, Kuala Lumpur. Gambar kanan menunjukan kawasan penambakan diceroboh pihak tertentu.
(gambar kiri) dijalankan di Taman Kepong Indah, Kuala Lumpur. Gambar kanan menunjukan kawasan penambakan diceroboh pihak tertentu.
 ?? [FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] ?? Pengurus Projek, Johan Shah Jeyarajah menunjukka­n kerja penambakan
[FOTO SYARAFIQ ABD SAMAD/BH] Pengurus Projek, Johan Shah Jeyarajah menunjukka­n kerja penambakan
 ??  ?? Pihak bertanggun­gjawab membuang sampah dalam kawasan projek pembinaan jambatan di Taman Kepong Indah, Kuala Lumpur.
Pihak bertanggun­gjawab membuang sampah dalam kawasan projek pembinaan jambatan di Taman Kepong Indah, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia