Berita Harian

BH berjaya harungi cabaran alaf baharu

Akhbar tawar nilai tambah berita seperti Liputan FB Live, BHTV, Facebook BH Online, Twitter

- Oleh Mohd Azrone Sarabatin

Kuala Lumpur

Aportal pendidikan dan aplikasi mudahalih, Fullamark, untuk membantu meningkatk­an prestasi akademik pelajar dalam peperiksaa­n awam.

“Di pentas hiburan tanah air, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) bertahan selama tiga dekad dengan edisi terbaru ABPBH 3.0 mencatat jumlah tontonan 5.2 juta orang pada Mei lalu, manakala dalam bidang sastera, BH menganjurk­an Sayembara Novel Kanak-kanak dan Remaja untuk memperkaya­kan khazanah kesusaster­aan negara.

Sumbangan, peranan BH

“Sumbangan dan peranan BH tidak hanya diperakuka­n di dalam negara berdasarka­n rekod sembilan kali menerima Anugerah Kajai sejak 1992, malah pada peringkat antarabang­sa, muka depan sisipan Keluaran Khas BH sempena Pilihan Raya Umum Ke13 (PRU-13) menerima Anugerah Reka Letak Muka Depan Terbaik anjuran Persatuan Akhbar dan Penerbit Akhbar Dunia (WAN-INFRA) pada Anugerah Media Asia 2014 di Hong Kong,” katanya sempena Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun BH Ke-60 di Balai Berita di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri FD Iskandar; Pengarah Urusan Media Prima Berhad, Datuk Seri Amrin Awaluddin; Pengerusi NSTP, Tan Sri Ismail Omar; Pengarang Kumpulan BH, Datuk Mahfar Ali dan Timbalan Pengarang Kumpulan BH yang juga Pengerusi Jawatankua­sa Sambutan Ulang Tahun BH Ke-60, Datuk Badrulhish­am Othman.

Majlis itu turut menghimpun­kan bekas kakitangan BH seperti ketua pengarang, pengarang berita, penyunting, wartawan dan juru gambar bersama warga BH yang sedang berkhidmat dengan organisasi media ulung itu.

Sempena majlis itu, BH turut melancarka­n wajah baharu laman web akhbar itu yang menyaksika­n paparan lebih dinamik, kemas dan interaktif, sesuai dengan kecenderun­gan pembaca masa kini.

Kecekalan kakitangan

Sementara itu, Mahfar dalam ucapannya, berkata perjalanan 60 tahun BH tidak sempurna tanpa kecekalan kakitangan serta bekas kakitangan yang membina asas dan seterusnya memperkuku­hkan perjuangan akhbar ini sehingga menjadi sejarah besar persuratkh­abaran negara.

Katanya, pertemuan yang berlangsun­g malam tadi bukan sahaja untuk merayakan sejarah sebuah akhbar, sebaliknya lebih utama bagi meraikan modal insan yang membina dan mengembang­kan akhbar BH.

“Marilah kita jadikan pertemuan malam ini sebagai satu teladan untuk meneruskan perjuangan tanpa sempadan, sebagai satu semangat untuk membakar obor keramat dan sebagai satu zaman untuk membawa akhbar ini ke dunia baharu yang lebih mencabar dan mendebarka­n,” katanya.

 ??  ??
 ?? [FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH] ??
[FOTO SURIANIE MOHD HANIF/BH]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia