Berita Harian

Laman web baharu BH Online lebih dinamik, interaktif

Kini memaparkan lebih banyak gambar, video sebagai nilai tambah

- Oleh Salina Abdullah

BH,

semalam melancarka­n laman web baharu yang menyaksika­n paparan lebih dinamik, kemas dan interaktif, sesuai dengan kecenderun­gan pembaca masa kini.

Laman web BH Online kini memaparkan lebih banyak gambar dan video bagi memberi nilai tambah kepada kandungan berita yang disiarkan.

Dengan gambar yang lebih besar dan tajuk berita yang lebih catchy (menarik perhatian), pembaca BH Online pasti berpuas hati dengan inisiatif terkini yang dilaksanak­an BH dalam memberi maklumat merentasi generasi kepada setiap lapisan masyarakat.

Pembaca kini juga boleh mendapatka­n berita pilihan mereka dengan lebih mudah menerusi perincian berita yang lebih banyak dan khusus.

Boleh pilih sub topik

Jika sebelum ini, berita sukan dimuatkan hanya dalam satu segmen iaitu Sukan, pembaca kini boleh memilih sub topik seperti Raket untuk berita tenis dan badminton atau Litar untuk artikel mengenai sukan permotoran.

Begitu juga dengan isu atau berita semasa. Ia kini dipaparkan mengikut sub topik seperti Nasional untuk isu semasa secara umum; Kes untuk cerita jenayah, mahkamah dan tragedi; Politik (cerita berkaitan politik negara) dan Lain-lain untuk pelbagai berita menarik yang lain.

Sesuai dengan paparan tablet

Buat kali pertama, pengguna mempunyai akses untuk menentukan penyusunan seksyen berita mengikut pilihan masing-masing.

Reka letak BH Online yang diperbahar­ui ini juga mudah disesuaika­n dengan paparan tablet dan telefon pintar, sekali gus memudahkan navigasi pengguna.

Paparan muka depan laman web ini berubah-ubah dengan memuatkan berita yang menjadi pilihan majoriti pembaca atau berita yang popular dan trending.

Sehingga kini, laman web BH Online menerima purata 37.5 juta page view setiap bulanan. Selain itu, Facebook Berita Harian Online sudah mempunyai sehingga 4.6 juta pengikut; 1.1 juta pengikut akaun Twitter (Berita Harian) dan 306,000 pengikut Instagram (@beritahari­an).

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Paparan laman web baharu BH Online kini lebih interaktif dan kemas.
Paparan laman web baharu BH Online kini lebih interaktif dan kemas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia