Berita Harian

Gurauan ingindi mati bersama jadi kenyataan

Suami isteri maut nahas 5 kenderaan

- Oleh S Anand Kumar

Gurauan mahu mati bersama, menjadi kenyataan buat sepasang suami isteri, yang terbunuh bersama selepas terbabit nahas ketika perjalanan beraya di rumah saudara, dalam kemalangan membabitka­n lima kenderaan di sini, malam kelmarin.

Dalam kemalangan di Kilometer 59, Jalan Sungai Rengit-kota Tinggi, pada jam 9.45 malam itu, Jamaludin Chemin, 55, dan isteri Maimunah Wahab, 52, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialami masing-masing.

Kemalangan membabitka­n lima kenderaan terdiri daripada Toyota Caldina, Perodua Axia, Proton Iswara, Perodua Myvi dan Proton Exora, turut menyebabka­n tiga anak pasangan itu cedera parah.

Tujuh mangsa lain turut mengalami pelbagai kecederaan. Semua mangsa yang cedera mulanya dikejarkan ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan kecemasan, sebelum dua anak pasangan itu dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI), manakala seorang lagi anak dirujuk ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Kereta hilang kawalan

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superinten­dan Ahsmon Bajah, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Toyota Caldina dari arah Sungai Rengit menghala Kota Tinggi di sini, hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentang­an.

“Toyota Caldina itu bertembung dengan kenderaan lain, termasuk Perodua Axia dinaiki pasangan suami isteri terbabit, menyebabka­n kedua-duanya mati di lokasi.

“Polis masih menjalanka­n siasatan terhadap punca nahas itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Sementara itu, ibu saudara Jamaludin, Mardiah Husin, 56, berkata ketika kejadian, pasangan terbabit bersama anak mereka dalam perjalanan ke rumah kakak Maimunah di FELDA Air Tawar 2 untuk beraya.

“Mereka sekeluarga menaiki Perodua Axia yang baharu beberapa bulan dibeli milik anak yang bekerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi.

“Mereka adalah pasangan ceria dan bahagia dengan enam anak. Arwah (Maimunah) pernah berseloroh dengan saya, hendak mati bersama-sama suaminya.

“Tidak sangka pula gurauan itu menjadi kenyataan apabila mereka menemui ajal bersama dalam nahas itu,” katanya ketika ditemui di kediaman keluarga Jamaludin dekat FELDA Penggeli Timur di sini, semalam.

Mardiah berkata, selepas beraya di FELDA Air Tawar 2, pasangan itu sepatutnya ke Sekolah Seni Johor Bahru untuk menghantar barangan kepada anak bongsu mereka yang sedang belajar dalam Tingkatan Empat.

 ??  ?? Keadaan kereta yang remuk membabitka­n nahas lima kenderaan di Kilometer 59, Jalan Sungai Rengit-kota Tinggi, malam kelmarin. Rengit Kota Tinggi berhampira­n FELDA Air Tawar 2, Kota Tinggi.
Keadaan kereta yang remuk membabitka­n nahas lima kenderaan di Kilometer 59, Jalan Sungai Rengit-kota Tinggi, malam kelmarin. Rengit Kota Tinggi berhampira­n FELDA Air Tawar 2, Kota Tinggi.
 ??  ?? Jamaludin bersama Maimunah maut dalam kemalangan KM59 Jalan Sungai
Jamaludin bersama Maimunah maut dalam kemalangan KM59 Jalan Sungai

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia