Berita Harian

Anak tak dapat tolong, bapa rentung dalam pondok

Dua lelaki mati terbakar dalam 2 tragedi berasingan di Papar

- Oleh Suzianah Jiffar

Dua lelaki termasuk seorang warga tua ditemui rentung dalam dua kejadian kebakaran berasingan di daerah ini, malam kelmarin dan semalam.

Dalam kejadian pada jam 7.30 malam itu, seorang lelaki warga tua, Awang Ismail Pangeran Sarifudin, 80 tahun, meninggal dunia selepas pondok yang didiami bersama anak lelakinya di Kampung Seladan, Bongawan, di sini, terbakar.

Rumah keluarga terbakar

Kejadian kedua pada awal pagi semalam pula, seorang lelaki, Markclint Jamaing, 36, ditemui rentung apabila rumah keluargany­a di Kampung Pedawan, di sini, terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Papar, Dunstan Peter, berkata dalam kejadian pertama malam kelmarin, turut cedera anak lelaki mangsa berusia 56 tahun yang melecur di kaki.

“Bomba menerima panggilan mengenai kebakaran pondok itu pada jam 8.29 malam dan tiba di tempat kejadian pada jam 9.03 malam. Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, didapati pondok itu terbakar 100 peratus dan api sudah padam sepenuhnya.

“Mayat mangsa yang tinggal berdua bersama anaknya ditemui di sebuah bilik di pondok berkenaan. Anak mangsa cuba menyelamat­kan bapanya, namun gagal kerana api merebak dengan pantas,” katanya ketika dihubungi di sini.

Dalam kejadian di Kampung Pedawan, awal pagi semalam, Dunstan berkata, Markclint ditemui rentung di bahagian dapur rumahnya dalam kejadian pada jam 4.30 pagi itu.

 ?? [FOTO IHSAN BOMBA] ?? Anggota bomba mengusung mayat warga tua yang ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Pedawan, Papar, pagi semalam.
[FOTO IHSAN BOMBA] Anggota bomba mengusung mayat warga tua yang ditemui rentung dalam kebakaran di Kampung Pedawan, Papar, pagi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia