Berita Harian

Lelaki tertidur atas jalan maut dilanggar

-

Kota Kinabalu: Seorang lelaki yang dipercayai tertidur di atas jalan raya pasar malam, Inanam, di sini, maut dilanggar sebuah kenderaan malam kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 10 malam itu, mangsa, Candok Talib, 51, maut di lokasi kejadian akibat parah selepas dilanggar kenderaan pacuan empat roda, Toyota Fortuner.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra, berkata siasatan mendapati pemandu Toyota Fortuner itu datang dari arah pekan Inanam menuju ke Bulatan Inanam.

Tak sedar mangsa baring atas jalan

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu Toyota Fortuner itu tidak menyedari mangsa yang baring di atas jalan raya sebelum melanggarn­ya.

“Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh doktor dari Hospital Wanita dan Kanak-kanak Sabah (HWKKS) Likas.

“Bagaimanap­un, pemandu perempuan berusia 53 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini semalam.

Kecuaian mangsa

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa kerana berbaring di atas jalan raya sehingga berlaku kemalangan.

“Mangsa disyaki mabuk ketika melintas lalu berbaring di atas jalan raya. Sehubungan itu, saya meminta saksi kejadian tampil bagi membantu siasatan untuk mengenal pasti punca sebenar kemalangan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada kecuaian mangsa kerana berbaring di atas jalan raya sehingga berlaku kemalangan” M Chandra, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia