Berita Harian

4 kontena daging kambing campur babi dirampas

MAQIS rampas 120 tan bekalan daging bernilai RM2 juta

- Oleh Nurul Amanina Suhaini

Jabatan Perkhidmat­an Kuarantin dan Pemeriksaa­n Malaysia (MAQIS) menyita empat kontena dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing, yang dibawa masuk dari Sepanyol, dalam serbuan di Pelabuhan Tanjung Pelepas, semalam.

Pengarah MAQIS Johor/melaka, Siti Nur Ahmad, berkata bekalan daging dianggarka­n seberat 120 tan bernilai kira-kira RM2 juta diletakkan dalam kontena sejuk beku, dirampas jam 1 tengah hari.

Sekat pergerakan kontena

Beliau berkata, berdasarka­n maklumat awam pada 31 Mei lalu, pihaknya menyekat pergerakan kontena terbabit keluar dari kawasan pelabuhan dan menjalanka­n siasatan mengesan pengimport produk berkenaan.

“Pemeriksaa­n mendapati pengimport terbabit adalah pengusaha produk sejuk beku tempatan yang beroperasi di Selangor. Ada keraguan terhadap muatannya apabila daging kambing dan babi bercampur di dalam kontena yang sama.

“Pengusaha terbabit melanggar syarat permit dan kebenaran mengimport daging, yang sepatutnya diimport dari Australia sahaja, sebaliknya daging yang tiba di pelabuhan adalah dari Sepanyol termasuk bekalan yang disyaki babi itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini, semalam.

Siti Nur berkata, setiap kontena dianggarka­n mengandung­i 30 tan daging, selain pengimport itu dipanggil memberi penjelasan.

“Proses seterusnya adalah pendakwaan di mahkamah, kes ini disiasat mengikut Seksyen 11(1) Akta MAQIS 2011, jika disabitkan kesalahan boleh didenda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau keduaduany­a sekali bagi kesalahan pertama, manakala denda maksimum RM150,000 atau penjara tidak lebih tujuh tahun bagi kesalahan kedua atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.

Pemeriksaa­n mendapati pengimport terbabit adalah pengusaha produk sejuk beku tempatan yang beroperasi di Selangor. Ada keraguan terhadap muatannya apabila daging kambing dan babi bercampur di dalam kontena yang sama” Siti Nur Ahmad, Pengarah MAQIS Johor/melaka

 ?? [FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] ?? Siti Nur (tiga dari kiri) bersama pegawainya menunjukka­n daging sejuk beku dari Sepanyol yang disita dipercayai bercampur daging babi tanpa permit di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, semalam.
[FOTO ZULKARNAIN AHMAD TAJUDDIN/BH] Siti Nur (tiga dari kiri) bersama pegawainya menunjukka­n daging sejuk beku dari Sepanyol yang disita dipercayai bercampur daging babi tanpa permit di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia