Berita Harian

Penjara 30 bulan kes seludup pendatang asing

-

Alor Setar: Seorang pekerja pendawaian elektrik dijatuhi hukuman penjara 30 bulan oleh Mahkamah Tinggi, di sini, semalam, atas kesalahan menyeludup dua warga Myanmar dari Bukit Kayu Hitam, di sini, pada Disember tahun lalu.

Hakim Datuk Hashim Hamzah menjatuhka­n hukuman itu selepas tertuduh, Rohaizam Ramli, 27, mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan menetapkan hukuman bermula daripada tarikh tertuduh ditahan.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menjalanka­n penyeludup­an migran ke atas seorang lelaki dan wanita warga Myanmar di Kilometer 1.3 Lebuhraya Utara-selatan arah utara, Bukit Kayu Hitam jam 8.45 pagi, 7 Disember tahun lalu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 26J Akta Antipenyel­udupan Orang dan Anti Penyeludup­an Migran 2007 dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun serta boleh didenda maksimum RM250,000 atau kedua-duanya sekali.

Prosiding kes dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Imigresen Malaysia, Qatrin Nada Harun, manakala tertuduh diwakili peguam, Burhanudee­n Abdul Wahid.

Mohon ringan hukuman

Burhanudee­n yang merayu hukuman ke atas tertuduh diringanka­n berkata, pengakuan bersalah tertuduh sudah menjimatka­n masa mahkamah dan perbelanja­an pihak pendakwaan.

“Tertuduh yang belum berkahwin dan tinggal bersama ibu bapanya tidak pernah menghadapi apa-apa pertuduhan kesalahan jenayah sebelum ini dan ini kesalahan pertamanya.

“Tertuduh sudah insaf dan kesal di atas apa yang berlaku, selain bekerjasam­a kepada pihak pendakwaan,” katanya.

 ?? [FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] ?? Rohaizam ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Alor Setar, semalam.
[FOTO SHARUL HAFIZ ZAM/BH] Rohaizam ketika dibawa ke Mahkamah Tinggi Alor Setar, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia