Berita Harian

Polis tumpu siasatan dua suspek utama

-

Kajang: Siasatan kes samun yang menyebabka­n seorang remaja perempuan berusia 14 tahun parah dalam kejadian di Bangi pada 7 Julai lalu, kini tertumpu kepada dua lelaki yang dipercayai suspek utama.

Dua suspek itu antara enam individu berusia 21 hingga 43 tahun yang ditahan di sekitar daerah ini dalam tempoh 12 hingga 13 Julai lalu hasil maklumat dan risikan polis Kajang.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Othman Nanyan, berkata empat lagi individu yang ditahan mengaku menjual dan membeli barang termasuk telefon bimbit yang disamun dari kediaman mangsa di Kampung Masjid Bangi.

“Kami sudah menerima pengakuan awal daripada dua lelaki yang terbabit melakukan samun serta mencederak­an mangsa yang kini masih menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Ada rekod jenayah

“Kedua-dua suspek turut didapati mempunyai rekod jenayah dan dipercayai terbabit dalam kegiatan samun serta pecah rumah sekitar daerah Kajang,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Othman berkata, perintah reman ke atas mereka berakhir hari ini, namun polis akan mengemukak­an permohonan kepada mahkamah untuk melanjutka­nnya.

Beliau juga menasihatk­an orang ramai agar berhati-hati sebelum membeli apa sahaja peralatan telekomuni­kasi seperti telefon bimbit atau komputer pada harga sangat murah daripada pihak yang tidak dikenali.

Sementara itu, mangsa kejadian berkenaan, Syazana Amirah Asshaari, 14, yang juga pelajar Sekolah Menengah Bandar Seri Putra Bangi kini stabil, namun masih belum mampu memberikan keterangan kepada polis.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa retak tengkorak kepala, patah rahang selain patah empat batang gigi dan lebam pada pipi dan leher, dipercayai dipukul dengan senjata tumpul dan tajam oleh penyamun yang menceroboh rumah keluargany­a.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia