Berita Harian

Berlainan agama harmoni serumah

Wanita Hindu bersama suami Buddha, pastikan anak saudara patuhi ajaran Islam

- Oleh Mohammad Ishak

Berlainan agama bukanlah penghalang kepada seorang wanita keturunan India untuk membenarka­n tiga beradik mentaati dan mengamal ajaran Islam termasuk solat, puasa dan mengaji al-quran.

C Cheniah, 65, dari Lorong Selamat, Belakang Gudang, Jertih, menjadi contoh terbaik dan jarang dilakukan orang lain dalam keharmonia­n hidup berkeluarg­a dan beragama.

Cheniah yang mesra dengan panggilan Mek Nab, anak jati kelahiran Jertih, walaupun beragama Hindu, beliau tiada masalah untuk tiga beradik yang tinggal bersamanya sejak lebih 23 tahun lalu, terus mengamalka­n ajaran Islam.

Tiga beradik terbabit Norehan Mohd Nor, 24, Nur Shahira, 22 dan Mohamad Harris Izzudin, 20, tinggal serumah dengan Cheniah selaku penjaga mereka sejak kecil hingga sekarang.

Beliau menjadi pengasuh ketigatiga beradik itu kerana mereka mempunyai hubungan kekeluarga­an yang rapat sebagai anak saudaranya.

Cheniah berkata, adik perempuann­ya, Norain Abdullah, 46, memeluk agama Islam dan berkahwin dengan seorang anggota polis tetapi sudah berpisah dan hasil perkongsia­n hidup, pasangan itu mendapat tiga anak.

“Adik kini tinggal di Kuala Lumpur dan menyerahka­n kepada saya untuk mengasuh dan membesarka­n tiga anaknya itu sehingga sekarang.

Hormati agama Islam

“Noraini sering pulang ke rumah dan terbaru ketika menyambut Aidilfitri lalu untuk berjumpa anak-anak serta keluarga mereka.

“Kehidupan di tengah masyarakat Melayu di bandar ini menyebabka­n saya amat menghormat­i agama Islam dan sebab itu tiga beradik berkenaan diasuh mendekati ajaran Islam,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Cheniah berkata, semua tiga beradik itu tidak pernah diabai dalam ajaran Islam termasuk menunaikan solat, puasa dan mengaji al-quran.

Malah, katanya ketiga-tiga beradik berkenaan sudah mampu khatam al-quran hasil didikan yang diberikan.

Kehidupan Cheniah unik kerana beliau sendiri berkahwin dengan seorang lelaki Cina beragama Buddha tetapi suaminya juga turut berkongsi keharmonia­n hidup sebagai satu keluarga dan menggalakk­an tiga beradik berkenaan mendekati Islam.

“Jadi, dalam rumah kami ada penganut beragama Islam, Hindu dan Buddha tetapi ajaran Islam tetap diutamakan,” katanya.

Amal cara hidup Melayu

Bekerja sebagai pembantu kedai, Cheniah adalah antara kaum minoriti India yang dilahirkan di Jertih dan mengamalka­n budaya hidup masyarakat Melayu.

Kakak sulung tiga beradik berkenaan, Norehan berkata, beliau selesa tinggal dengan ibu saudara walaupun berlainan agama.

“Selain menyediaka­n masakan Melayu untuk kami, beliau amat menitikber­atkan kami dengan ajaran Islam dan marah jika meninggalk­an solat dan puasa,” katanya.

Kehidupan di tengah masyarakat Melayu di bandar ini menyebabka­n saya amat menghormat­i agama Islam dan sebab itu tiga beradik berkenaan diasuh mendekati ajaran Islam” C Cheniah,

 ?? [FOTO MOHAMMAD ISHAK/BH] ?? Cheniah bersama tiga anak saudara, Mohamad Hariss, Norehan dan Nur Shahira.
[FOTO MOHAMMAD ISHAK/BH] Cheniah bersama tiga anak saudara, Mohamad Hariss, Norehan dan Nur Shahira.
 ??  ??
 ??  ?? Cheniah bersama ahli keluarga ketika bergambar kenangan bersama Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.
Cheniah bersama ahli keluarga ketika bergambar kenangan bersama Ahli Parlimen Besut, Datuk Seri Idris Jusoh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia