Berita Harian

SL1M dapat pengiktira­fan antarabang­sa

Usaha Malaysia pastikan kesejahter­aan rakyat dalam pekerjaan

- Oleh Haryani Ngah

Kerjasama yang dijalinkan antara swasta dan kerajaan dalam menjayakan inisiatif Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) mendapat perhatian dunia di Forum Perkhidmat­an Awam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNPSF2017) di The Hague, Belanda.

Tumpuan diberikan oleh delegasi antarabang­sa itu, sekali gus membuktika­n bahawa Malaysia sebagai sebuah negara membangun sentiasa berusaha memastikan kesejahter­aan rakyatnya, terutama dalam bidang pekerjaan.

Pada forum anjuran Kementeria­n Dalam Negeri dan Hubungan Antarabang­sa Belanda serta bahagian Pentadbira­n Awam dan Pengurusan Pembanguna­n PBB yang berlangsun­g pada 22 dan 23 Jun itu, Malaysia diwakili Ketua Sekreteria­t SL1M, Norashikin Ismail, untuk membentang­kan inisiatif itu.

Norashikin berkata, Fokus SL1M terhadap kerjasama antara kerajaan dan syarikat swasta yang berlandask­an tanggungja­wab sosial korporat (CSR) menarik perhatian delegasi luar negara kerana ia adalah sesuatu yang unik.

“Pada pembentang­an itu, saya nyatakan bahawa program yang dilaksanak­an ini mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripada swasta, termasuk menanggung kos pelaksanaa­n program.

“Keadaan ini membuatkan kebanyakan delegasi terkejut kerana majoriti mereka mengatakan bahawa kerjasama antara kerajaan dan swasta ini amat sukar untuk dilaksanak­an di negara mereka.

“Ramai delegasi berharap untuk belajar daripada kita dalam usaha menangani masalah penganggur­an belia di negara mereka,” katanya pada sidang media, di Jabatan Perdana Menteri, baru-baru ini.

Norashikin berkata, kerjasama dengan syarikat swasta itu bukan sahaja dapat membantu mengasah dan mengilap bakat pelatih, malah dapat membantu meningkatk­an sosioekono­mi pelatih SL1M serta keluarga.

Lapan kumpulan tema

Katanya, pada forum itu, ada lapan kumpulan tema disediakan dan Malaysia mengupas isu ‘Pewujudan Pekerjaan dan Kemakmuran’.

Untuk kumpulan tema itu, banyak negara membentang­kan isu di bawa tema ini dengan memaparkan pelbagai perkara yang boleh dijadikan panduan.

Forum berkenaan bertujuan menghimpun wakil dari seluruh dunia berkongsi pendekatan inovatif serta pendekatan yang dilaksanak­an untuk membantu golongan terpinggir dalam misi mencapai Agenda 2030, iaitu Pembanguna­n yang Mampan.

Sehubungan itu, inisiatif SL1M yang dibentangk­an pada forum itu dilihat selari dengan tema diketengah­kan UNPSF2017 dan tajuk ‘Pewujudan Pekerjaan dan kemakmuran.

SL1M adalah program kebolehpas­aran graduan berkelulus­an Ijazah Sarjana Muda dan ke atas, terutama bagi mereka yang berasal dari keluarga berpendapa­tan rendah serta tinggal di kawasan pedalaman.

Malah sejak SL1M diperkenal­kan bermula 2011 sehingga April 2017, 120,000 graduan berjaya mendapat pekerjaan menerusi program ini.

“Dengan penyertaan di program ini, saya bukan sahaja dapat berkongsi pengalaman menganjurk­an SL1M tetapi hasil pembentang­an daripada delegasi luar negara membuka mata saya untuk meningkatk­an lagi mutu SL1M.

“Antara yang menarik perhatian saya adalah Belgium yang tidak mempunyai masalah penganggur­an kerana rakyatnya bukan sahaja berpelajar­an tinggi tetapi pada masa sama mempunyai pelbagai kemahiran, sekali gus membuatkan mereka tidak terlalu bergantung kepada kerja makan gaji,” katanya.

Norashikin berkata, tumpuan yang diberikan oleh pihak antarabang­sa itu turut menarik perhatian syarikat swasta di Malaysia untuk bekerjasam­a dengan SL1M.

Malah ada juga syarikat swasta yang menyatakan hasrat untuk turut membuat pembentang­an di forum itu pada masa akan datang.

“Sehingga kini ada ribuan syarikat di Malaysia, tetapi hanya kirakira 300 yang memberi kerjasama, jadi saya berharap pada masa akan datang jumlahnya akan meningkat,” katanya.

“Pengiktira­fan SLIM bukan hanya di forum UNPSF 2017, sebaliknya tahun lalu, pihak universiti dari Ireland datang ke Malaysia untuk mempelajar­i mengenai ini.

“Ireland turut mengalami masalah penganggur­an dan bagi menangani masalah itu beberapa wakil dari negara itu hadir tahun lalu melihat sendiri program SL1M,” katanya.

Pengiktira­fan SLIM bukan hanya di forum UNPSF 2017 saja, sebaliknya tahun lalu, beberapa wakil dari Ireland datang ke Malaysia untuk mempelajar­i mengenai ini” Norashikin Ismail, Ketua Sekreteria­t SL1M

 ??  ?? Forum Perkhidmat­an Awam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNPSF2017) di The Hague, Belanda.
Forum Perkhidmat­an Awam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNPSF2017) di The Hague, Belanda.
 ??  ?? Norashikin mewakili negara menyuaraka­n pendapat di Forum PBB di The Hague, Belanda.
Norashikin mewakili negara menyuaraka­n pendapat di Forum PBB di The Hague, Belanda.
 ??  ?? Peserta UNPSF2017 berkongsi maklumat berkongsi maklumat mengenai penganggur­an.
Peserta UNPSF2017 berkongsi maklumat berkongsi maklumat mengenai penganggur­an.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia