Berita Harian

Menu tempatan, antarabang­sa di UUM KL

Academia Cafe & Bistro tawar harga berpatutan

- Oleh Syuhada Choo Abdullah choo@bh.com.my ̌ Kuala Lumpur

Academia Cafe & Bistro, Universiti Utara Malaysia Kuala Lumpur (UUM KL), melancarka­n lapan menu baharu yang memenuhi selera tempatan dan antarabang­sa pada harga amat berpatutan.

Penawaran menu berkenaan, baru-baru ini, secara langsung menambah daya tarikan di kafe itu yang turut menyediaka­n suasana kondusif dan prasarana selesa di lokasi strategik ibu kota.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak, mengaku sudah merasai menu terbabit yang disifatkan­nya memang sedap hasil tangan pasukan kerja cef merangkap Pengurus Besar EDC Hotels & Resorts Kuala Lumpur, Mokhtar Osman.

Harga ‘luar biasa’

“Menu istimewa ini diperkenal­kan pada harga sangat ‘luar biasa’ jika diukur dari segi kadar di Kuala Lumpur dengan kebanyakan­nya bawah RM10.

“Lebih-lebih lagi, suasana di kafe ini cukup kondusif, cantik dan selesa dengan pengunjung boleh makan minum, bersantai, mengadakan perbincang­an atau menyambut majlis bersama keluarga mahupun rakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Menu Baharu dan Jamuan Hari Raya di Academia Cafe & Bistro UUM KL di sini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Pengarah Uniutama Management Holdings Sdn Bhd (UMHSB), Datuk Megat Fairouz Junaidi Megat Junid; Pengarah UUM KL, Dr Ahmad Rizal Mazlan, dan alumni UUM.

Selain itu, beberapa penggiat seni yang sedang mengikuti program pendidikan jarak jauh (PJJ) bawah Pusat Pengajian Pengurusan Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n (SCIMPA) UUM, turut memeriahka­n majlis dengan membuat persembaha­n, termasuk Zahid AF.

Pencapaian membanggak­an

Academia Cafe & Bistro UUM KL ditubuhkan pada 1 November tahun lalu dengan kapasiti 100 orang, selain dilengkapi kemudahan bilik VIP, Wifi percuma dan Sudut Selebriti yang menyediaka­n ruang untuk membuat persembaha­n.

Dalam pada itu, Prof Mohamed Mustafa berkata, UUM dalam proses mengambil alih sebuah hotel di ibu kota yang akan dilakukan penjenamaa­n semula dan dilancarka­n tidak lama lagi.

Beliau berkata, UUM KL pula akan dinaik taraf sebagai kampus cawangan sepenuhnya seiring perkembang­an pesat UUM yang berjaya mencatat pencapaian membanggak­an hingga peringkat antarabang­sa.

 ?? [FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] ?? Prof Mohamed Mustafa (kiri) mendengar penerangan Pengurus Besar Akademia, Mokhtar Osman mengenai menu baharu yang dilancarka­n pada Majlis Pelancaran Menu Baharu dan Jamuan Hari Raya di Kuala Lumpur.
[FOTO ZUNNUR AL SHAFIQ/BH] Prof Mohamed Mustafa (kiri) mendengar penerangan Pengurus Besar Akademia, Mokhtar Osman mengenai menu baharu yang dilancarka­n pada Majlis Pelancaran Menu Baharu dan Jamuan Hari Raya di Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia