Berita Harian

Graduan TVET perlu berjiwa besar

-

Gombak: Graduan dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) perlu bersedia menghadapi persaingan dan cabaran setanding negara maju berikutan bidang berkenaan mempunyai kemahiran dan kualiti diperlukan dalam industri, selain kebolehpas­araan yang tinggi.

Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV), Zainuren Mohd Nor, berkata sebagai graduan memiliki kemahiran yang amat diperlukan dalam industri, mereka harus berjiwa besar dan tidak sesekali berasa diri sebagai insan kerdil.

Katanya, jika dahulu graduan bidang vokasional dipandang sebelah mata, namun kini permintaan untuk melanjutka­n pengajian dalam bidang berkenaan semakin meningkat.

“Dahulu orang kata bidang ini tidak diiktiraf dan sebagainya, tetapi kini semua orang berebut hendak masuk ke Kolej Vokasional memandangk­an kebolehpas­araan graduan modal insan berkemahir­an tinggi yang terus mendapat permintaan industri,” katanya pada majlis syarahan dan jamuan raya perdana Kolej Vokasional (KV) Gombak 2017, di sini, baru-baru ini.

Ubah paradigma

Yang turut hadir ialah Pengarah KV Gombak, Mohd Ghazaly Haroun.

Pada program sama, turut diadakan majlis penyerahan surat pelantikan Penasihat Teknikal Akademik (TAC), penyerahan dokumen Memorandum Persefaham­an (MOU) dengan industri, penyerahan surat pelantikan kepada rakan niaga Kelab Fotografi KV Gombak dan pelancaran Dewan Pengantin Merpati Dua Sejoli KV Gombak.

Zainuren berkata, KV juga mencatat kejayaan besar apabila 90.85 peratus lepasannya yang bergraduas­i pada tahun lalu sudah mendapat pekerjaan dan memperoleh pendapatan tetap.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak harus berganding bahu dalam usaha mengubah paradigma masyarakat dan mentransfo­rmasikan TVET bagi mencapai status negara maju.

 ?? [FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH] ?? Zainuren (kanan) dan Mohd Ghazaly (dua dari kanan) beramah mesra dengan pelajar pada majlis syarahan dan jamuan raya perdana di Gombak, baru-baru ini.
[FOTO NURUL SYAZANA ROSE RAZMAN /BH] Zainuren (kanan) dan Mohd Ghazaly (dua dari kanan) beramah mesra dengan pelajar pada majlis syarahan dan jamuan raya perdana di Gombak, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia