Berita Harian

JAS Johor tandatanga­ni, lafaz ikrar bebas rasuah

Komitmen berterusan negara bebas rasuah, salah guna kuasa

- Oleh Nurul Amanina Suhaini

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor menjadi jabatan alam sekitar pertama di negara ini menandatan­gani dan melafazkan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dengan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias, berkata ikrar kakitangan jabatan itu menjadi antara manifestas­i kepada sokongan dan komitmen berterusan dalam usaha menjadikan negara bebas daripada belenggu jenayah rasuah dan salah guna kuasa.

Pembakar semangat

“IBR yang ditandatan­gani JAS diyakini akan menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga kerja SPRM bagi terus berjuang dalam melaksanak­an tugas dan tanggungja­wab memerangi jenayah rasuah dan salah guna kuasa secara habis-habisan.

“SPRM Johor pernah mengadakan perbincang­an bersama wakil JAS Johor bagi menjalinka­n satu rangkaian kerjasama strategik lebih erat, selain meningkatk­an integriti dan menjadi contoh kepada agensi kerajaan lain dalam memerangi anasir rasuah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program IBR JAS Johor Bersama SPRM di Dewan Banquet, Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di sini semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat.

Sementara itu, Pengarah JAS negeri, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh berkata, inisiatif itu penting untuk dilaksanak­an semua organisasi bagi memastikan setiap individu faham kepentinga­n integriti dalam melaksanak­an tanggungja­wab mereka.

“Penting untuk mereka mengetahui kemudarata­n yang mungkin berlaku sekiranya amalan integriti tidak didasari dari peringkat akar umbi,” katanya.

 ??  ?? Dr Mohammad Ezanni (kiri) menyerahka­n dokumen kepada Azmi sambil diperhatik­an Ayub (dua dari kanan) pada majlis Melafaz dan Menandatan­gani IBR di Iskandar Puteri, semalam.
Dr Mohammad Ezanni (kiri) menyerahka­n dokumen kepada Azmi sambil diperhatik­an Ayub (dua dari kanan) pada majlis Melafaz dan Menandatan­gani IBR di Iskandar Puteri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia