Berita Harian

85 kes kemalangan di tapak pembinaan

-

Kota Bharu: Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan mencatatka­n 85 kemalangan di negeri ini termasuk 28 kes di tapak pembinaan sepanjang tahun lalu.

Pengarahny­a, Mohd Nizam Ali berkata, daripada jumlah itu, lima kes maut direkodkan tahun lalu berbanding hanya dua kes tahun ini.

Berikutan itu, beliau berkata, pihaknya menjalanka­n pemeriksaa­n mengejut ke 140 tapak binaan yang berdaftar dengan JKKP yang 38 peratus daripadany­a dalam kategori projek bernilai RM20 juta ke atas.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati projek bernilai tinggi itu memiliki risiko tinggi dalam aspek keselamata­n pekerja termasuk tidak memiliki ciri-ciri keselamata­n.

“Banyak lagi projek yang dilaksanak­an di negeri ini sedang dalam pemerhatia­n kami kerana kurang menepati ciri keselamata­n termasuk tidak menyediaka­n peralatan kecemasan, sekali gus berisiko pekerja terdedah kemalangan maut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Perasmian Seminar Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Pembinaan 2017 Peringkat Negeri, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengarah Lembaga Pembanguna­n Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Negeri, Jasni Mohd Salleh dan Timbalan Pengarah Teknikal Jabatan Pembanguna­n Persekutua­n (JPP) Negeri, Kahadi Hassan.

Kemalangan maut

Mohd Nizam berkata, mengikut rekod, jumlah kemalangan maut itu menjadi penyumbang tertinggi di tapak pembinaan bagi negeri ini dan ketiga tertinggi dalam negara berbanding sektor lain seperti sektor pembuatan serta sektor pertanian.

Sementara itu, Kahadi berkata, pihaknya melihat tapak pembinaan sering kali diabaikan pengurusan terutama dalam isu keselamata­n dan kesihatan, sehingga gagal menyiapkan projek pada masa ditetapkan.

“JPP dimaklumka­n, jumlah tapak binaan projek yang diperiksa JKKP tahun lalu itu mendapati lebih 50 peratus dalam kategori C dan D iaitu berbahaya dari segi keselamata­n,” katanya.

 ?? [FOTO BETTY SUBARYATI/BH] ?? Peserta bersama Mohd Nizam ketika menghadiri Seminar Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Pembinaan 2017 Peringkat Negeri di Kota Bharu semalam.
[FOTO BETTY SUBARYATI/BH] Peserta bersama Mohd Nizam ketika menghadiri Seminar Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan di Sektor Pembinaan 2017 Peringkat Negeri di Kota Bharu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia