Berita Harian

Wujud perbadanan khas bangun Tasik Chini

-

Pekan: Kerajaan Pahang akan mewujudkan Perbadanan Khas untuk menyelia dan memantau perkembang­an Draf Rancangan Kawasan Khas Tasik Chini bagi memastikan­nya berjalan lancar.

Pengerusi Jawatankua­sa Hal Ehwal FELDA negeri, Datuk Abu Bakar Harun, berkata cadangan penubuhan itu akan dibincangk­an dengan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan barisan Exco Kerajaan negeri dalam masa terdekat.

“Kita sudah ada draf bagi membangunk­an kawasan ini (Tasik Chini) dan saya rasa ada keperluan untuk kita mewujudkan Perbadanan Khas bagi memudahkan penyelaras­an setiap projek yang dirancang.

“Melalui perbadanan ini kelak, kita boleh tengok (pantau) dengan teliti proses pembanguna­n di kawasan atau zon tinggi, zon hutan lipur serta zon tanah rendah dilaksanak­an dengan lestari tanpa mengganggu ekosistem sedia ada,” katanya kepada media selepas merasmikan majlis Publisiti Draf Rancangan Khas Tasik Chini di Dewan Kelab Golf Diraja Pekan, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Yang Dipertua Majlis Daerah Pekan, Rose Shamsul Abd Razak dan Pengarah Planmalays­ia Pahang, Datuk Hazizah Sulaiman.

Lima teras utama

Mengulas lanjut, Abu Bakar berkata, kajian draf itu dilaksanak­an dengan kerjasama Bahagian Pembanguna­n Ekonomi Negeri Pahang dan syarikat perunding swasta yang dilantik mengikut Akta Perancanga­n Bandar dan Desa 1976 membabitka­n kawasan seluas kirakira 2,428 hektar.

Katanya, lima teras utama dijadikan panduan bagi memastikan draf itu berjaya dilaksanak­an dalam tempoh lima tahun.

“Lima tumpuan (teras) diberikan perhatian dalam draf ini iaitu menjadikan Tasik Chini sebagai destinasi biosfera bertaraf dunia, koridor hijau dan biru,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia