Berita Harian

Keilmuan Imam Syafie sinari Islam hingga kini

Ketokohan Imam Syafie terserlah sejak beliau kecil lagi. Kebolehan beliau menghafal al-quran ketika berusia tujuh tahun dan kitab Muwatta’ dalam masa sembilan hari sahaja membuktika­n kecerdikan beliau. Menerusi segmen Ibrah (Salafus Soleh) di IKIMFM, Usta

-

Mencintai dan meneladani orang soleh adalah satu kejayaan. Disebutkan di dalam sebuah syair Arab yang bermaksud: “Maka hendaklah kamu mencontohi orang yang mulia walaupun kamu tidak seperti mereka kerana mencintai orang mulia itu adalah satu kejayaan.”

Menerusi segmen Ibrah (Salafus Soleh) yang bersiaran di IKIMFM setiap Isnin, Ustaz Muhadir Joll berkongsi kisah mengenai Imam as-syafie.

Nabi SAW bersabda: “Sesungguhn­ya nanti akan hadir seorang yang berketurun­an Quraisy yang mana ilmunya memenuhi dunia.” Imam Ahmad ibn Hambal yang menghafal sejuta hadis, katanya: “Orang yang disebutkan di dalam hadis itu adalah guruku, Imam as-syafie.”

Imam Syafie berketurun­an Rasulullah SAW, ahli feqah bagi umat dan penolong kepada sunah. Beliau lahir di Gaza, Palestin pada hari yang sangat mulia, Jumaat juga pada bulan yang mulia, iaitu Rejab pada 150 Hijrah.

Tahun yang sama pada hari yang sama, meninggal dua orang ulama yang besar, Imam Abu Hanifah di Baghdad dan Imam Ibnu Juraih di Makkah. Beliau adalah seorang yang tinggi serta memiliki pipi yang bujur. Lehernya panjang serta bahu dan betisnya tegap. Wajahnya kacak dan kemerah-merahan.

Pentingkan ilmu, bahasa

Imam Syafie sangat mementingk­an ilmu dan bahasa kerana baginya bahasa adalah kunci kepada ilmu. Beliau ingin benar-benar mempelajar­i bahasa Arab yang fasih sehingga beliau ke satu kawasan Bani Huzail kerana di kawasan tersebut mereka paling fasih berbahasa Arab.

Ulama itu mendalami bahasa dan sastera Arab sehingga suatu hari beliau berjumpa dengan seorang Badwi di kawasan perkampung­an Bani Huzail.

Lalu Badwi tersebut bertanya kepada Imam Syafie mengenai persoalan haid menerusi fiqh. Mendengark­an soalan itu, Imam Syafie menjawab: “Aku tidak tahu.” Lantas Badwi itu berkata kepada Imam Syafie: “Wahai anak saudaraku, sesungguhn­ya kefarduan itu ilmu fiqh lebih penting lagi daripada ilmu yang sunat (ilsatuan mu bahasa).” Imam Syafie kemudian lantas berfikir.

Satu peristiwa yang lain Imam Syafie ditanya oleh penjaga Kaabah mengenai perihalnya mempelajar­i ilmu bahasa.

Kemudian Imam Syafie berfikir. Penjaga Kaabah itu kemudian berkata: “Belajarlah fiqh nescaya kamu akan diangkatka­n darjatmu oleh Allah SWT.”

Kata Imam Syafie: “Aku mendapat manfaat daripada Allah SWT melalui perkataan orang itu. Lalu aku belajar ilmu hadis melalui Imam Sufyan Ibn Yunainah. Kemudian aku belajar dan duduk bersama guruku, Imam Muslim ibn Khalid mengenai ilmu fiqh. Aku kemudian mendekati Imam Malik untuk mempelajar­i sejarah, namun Imam Malik katakan: “Hendaklah kamu mempelajar­i fiqh akan diangkatka­n darjatmu.”

Ketokohan terserlah sejak kecil

Imam Syafie menghafal al-quran ketika usia tujuh tahun dan menghafal kitab Muwatta’ Imam Malik ketika berusia 10 tahun. Beliau menghafal kitab Muwatta’ yang memiliki hampir 70,000 hadis dalam masa sembilan malam.

Ketika Imam Syafie mendatangi Imam Malik untuk mempelajar­i kitab Muwatta’ itu, beliau membacakan keseluruha­n kitab itu sehingga khatam tanpa melihat kepada teks kitab itu. Selepas itu, beliau bertanyaka­n persoalan agama kepada Imam Malik. Bersilih ganti soalan demi soalan beliau ajukan kepada Imam Malik. Lalu Imam Malik mengatakan: “Kamu ini seolah-olah mahu menjadi kadi.”

Dari segi keluasan ilmu Imam Syafie, Al-qadi Yahya Ibn Mansoor berkata: “Aku bertanya kepada Imam kepada imam para hadis, Imam Ibn Khuzaimah, adakah tuan tahu mengenai sunah Rasulullah SAW yang berkaitan halal dan haram yang tidak diletakkan oleh Imam Syafie di dalam kitabnya?” Beliau katakan: “Tidak, kerana seluruh hadis itu berada di dalam kitab Imam As-syafie.”

Keilmuan Imam Syafie bukan sahaja diperakui rakan, bahkan guru beliau, Imam Sufyan Ibn Yunainah. Ketika berusia 15 tahun sudah diizinkan oleh gurunya, Imam Muslim ibn Khalid al-zanji untuk memberi fatwa. Begitu hebat ketokohan dan keilmuan Imam Syafie untuk kita teladani dan hayati kisahnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia