Berita Harian

Kadar kesuburan rakyat merosot

Trend generasi muda merancang keluarga dedahkan risiko sukar dapat anak

- Oleh Azzman Abdul Jamal azzman@bh.com.my Kuala Lumpur

Melambatka­n kehamilan dan mengehadka­n jumlah anak seolah-olah dilihat seperti trend terutama dalam golongan muda yang baharu mendirikan rumah tangga.

Mungkin ramai tidak sedar, tindakan itu mereka sebenarnya mendedahka­n mereka pada risiko ketidaksub­uran yang boleh menyebabka­n pasangan sukar untuk mendapatka­n anak.

Akauntan, S Usha Devi, 36, mengakui keputusan merancang keluarga menyebabka­n beliau sukar untuk mendapatka­n anak yang kini sudah sembilan tahun berkahwin.

Katanya, sejak berkahwin 2008, beliau dan suaminya, R Thenagaran, 37, merancang mempunyai anak pada 2010, namun, hasrat itu masih tidak kesampaian apabila Usha Devi disahkan mengalami endometrio­sis.

Endometrio­sis punca sukar untuk hamil

“Sekiranya endometrio­sis dikesan lebih awal lagi, mungkin kami tidak akan merancang keluarga.

“Disebabkan masalah ini, saya menghadapi pelbagai masalah kesihatan termasuk kesukaran untuk hamil,” katanya selepas pelancaran Program Jalinan Kasih di Dewan Tabung Haji, di sini, baru-baru ini.

Kata Usha Devi, masalah endometrio­sis memberikan kesan terhadap dirinya apabila beliau kerap mengalami senggugut kronik ketika datang haid.

“Pada 2012, saya turut mengalami pneumotora­ks (paru-paru runtuh) akibat endometria­sis.

“Dua tahun kemudian, kesan endometria­sis juga menjejaska­n bahagian usus menyebabka­n saya terpaksa menjalani pembedahan dan membuang sebahagian kecil bahagian usus.

“Ketika itu, saya terlantar di hospital hampir sebulan dan menerima 50 jahitan,” katanya.

Keadaan itu tidak mematahkan semangatny­a untuk menimang cahaya mata, apabila mencuba kaedah persenyawa­an luar rahim (IVF) dan Intrauteri­ne inseminati­on (IUI) dengan khidmat nasihat bersama Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) pada 2012.

“Sehingga ini, kami belum berhasil mendapatka­n anak. Walaupun sudah sembilan tahun, saya masih berharap peluang hamil ada.

“Saya ingin menasihatk­an golongan muda yang baru berkahwin tidak menunggu lama menimang cahaya mata,” katanya.

LPPKN bantu dapatkan anak

Sementara itu, Pengerusi LPPKN, Datuk Mariam Mas Yacob, berkata kadar kesuburan di negara ini didapati merosot daripada 6.7 pada 1957 kepada 2.0 pada 2015 dan angka itu dijangka merosot lagi kepada 1.91 pada 2020.

“Penurunan itu akan menjadikan Malaysia mempunyai lebih ramai warga tua pada masa depan.

“LPPKN bagaimanap­un komited membantu pasangan mendapatka­n anak dengan memberikan perkhidmat­an rawatan kesuburan,” katanya.

Beliau berkata, statistik subfertili­ti LPPKN menunjukka­n sebanyak 5,765 kes baharu didaftarka­n sejak 2012 hingga 2016.

Kaedah rawatan subfertili­ti

“Kami turut mencatatka­n sebanyak 37,930 kes ulangan dan daripada jumlah itu, 3,185 menjalani kaedah rawatan subfertili­ti. Seramai 625 daripada mereka berjaya hamil.

“Sejak 1979, LPPKN sudah memberikan perkhidmat­an rawatan subfertili­ti dan sehingga kini, lebih 4,000 kehamilan direkodkan,” katanya.

LPPKN melancarka­n buku elektronik berkaitan Perkhidmat­an Subfertili­ti LPPKN versi bahasa Melayu dan boleh dimuat turun secara percuma menerusi www.lppkn.gov.my.

“Buku perkhidmat­an subfertili­ti LPPKN pernah diterbit dan dicetak pada 2010 berjudul Buku Panduan Rawatan Subfertili­ti.

“Bersesuaia­n dengan era digital, kami menerbitka­n dalam bentuk elektronik bagi membolehka­n rujukan lebih meluas," katanya.

Saya ingin menasihatk­an golongan muda yang baharu berkahwin tidak menunggu lama menimang cahaya mata” S Usha Devi, Akauntan

 ?? [FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] ?? Mariam (tengah) pada Program Jalinan Kasih 2017, di Dewan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, baru-baru ini.
[FOTO SALHANI IBRAHIM/BH] Mariam (tengah) pada Program Jalinan Kasih 2017, di Dewan Tabung Haji, Jalan Tun Razak, baru-baru ini.
 ??  ??
 ??  ?? Sampel kultur 'telur' sebelum diklon menerusi cantuman kaedah IVF.
Sampel kultur 'telur' sebelum diklon menerusi cantuman kaedah IVF.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia