Berita Harian

Sa’di dukung kesusaster­aan manusiawi

Edisi bahasa Melayu beri peluang pembaca Malaysia ambil pengajaran

- Oleh Siti Haliza Yusop shyusop@bh.com.my

Gulistan atau The Rose Garden karya penyair terkenal Parsi, Abu-muhammad Muslih al-din Abdallah Shirazi atau lebih dikenali sebagai Sa’di Shirazi memperliha­tkan kebijaksan­aan dan keistimewa­an pengarang itu dalam berkarya.

Disempurna­kan pada 1258, Gulistan sering diletakkan pakar sastera Parsi, termasuk Malik alshu’ara Bahar berada dalam genre maqamat tetapi menurut sarjana bahasa dan sastera Parsi, Prof Dr Muhammad Bukhari Lubis, bakat istimewa Sa’di Shirazi ‘membawa’ karya itu ke tahap berbeza.

Gulistan yang dicanai dengan pengetahua­n meluas Sa’di dan bakat istimewany­a kata Muhammad Bukhari, seolah ‘menghasilk­an’ semacam genre terbaru.

“Meskipun pengarang Parsi itu menekuni maqamat sebelum Gulistan dihasilkan, ia terasing daripada maqamat terdahulu dan apa yang dilakukan pengarang itu menyebabka­n karyanya memiliki keistimewa­an tersendiri.

Pentingkan kata, balaghah

“Beliau melakukan pertimbang­an antara prosa dengan puisi, al-ijaz wa-al ikhtisar atau cenderung kepada keringkasa­n, mementingk­an kefasihan kata dan balaghah, tidak menggunaka­n kata kasar dan bahasa basahan serta tidak terkeluar daripada lingkungan cita rasa dan kesusaster­aan.

“Berdasarka­n karya yang dihasilkan tepatlah dikatakan yang Sa’di bukan sahaja penyair humanistik, malah beliau juga pendukung dan pencipta kesusaster­aan manusiawi,” katanya ketika menyorot naskhah Sa’di pada Sambutan Hari Kesusaster­aan Parsi di Perpustaka­an Negara Malaysia (PNM) di sini.

Yang turut berlangsun­g dalam acara itu ialah pelancaran Taman Mawar, iaitu terjemahan karya Sa’di, Gulistan dalam bahasa Melayu yang diterbitka­n oleh Islamic Book Trust yang disempurna­kan oleh Duta Iran ke Malaysia, Marzieh Afkham dan Ketua Pengarah PNM, Datuk Nafisah Ahmad.

Muhammad Bukhari yang mula mengenali karya Sa’di pada 1978, iaitu ketika berkursus di Universiti Ferdowsi, Mashhad, Iran berkata, pengaruh tokoh kesusaster­aan Parsi itu tidak terhad kepada dunia penutur bahasa Parsi sahaja, sebaliknya meluas sehingga ke Turki dan diminati tokoh penting dalam masyarakat dan seterusnya di seluruh Empayar Uthmaniah.

Karya Sa’di jadi pilihan

Pada zaman Dinasti Moghul di India, kata Muhammad Bukhari, karya Sa’di mendapat sanjungan dan terkenal malah ghazalnya ditiru penyair India yang menuturkan bahasa Parsi.

Di negara yang memandang Parsi sebagai model budaya, karyanya menjadi sebahagian daripada asas dalam kurikulum pendidikan bagi yang mahu mengenali kesusaster­aan Parsi.

Kemashyura­n Sa’di itu membawa namanya terkenal di Barat dan terjemahan ke bahasa Perancis, Jerman dan Latin muncul pada abad ketujuh hijrah.

Karya Sa’di kemudian, katanya, terus membesar ke pelbagai negara hinggakan tokoh Amerika seperti Benjamin Franklin dan Emerson turut terbabit menterjema­h dan meminjam anekdot Sa’di ke dalam karya mereka.

“Kini Gulistan sudah diterjemah­kan ke dalam bahasa Melayu dan semoga keindahann­ya dapat dinikmati, serta peminat kesusaster­aan di negara ini dapat meneguk pelbagai pengajaran yang tertuang di dalam naskhah Gulistan untuk dijadikan pedoman dan teladan,” katanya.

 ?? [FOTO SHIRAZ YASMINE ALI/BH] ?? Marzieh (kanan) dan Nafisah melancarka­n Taman Mawar di PNM Jalan Tun Razak, semalam.
[FOTO SHIRAZ YASMINE ALI/BH] Marzieh (kanan) dan Nafisah melancarka­n Taman Mawar di PNM Jalan Tun Razak, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia