Berita Harian

Dila Dyna jiwai adegan dalam novel

-

Kuala Lumpur: Novelis dan pemenang Anugerah Pilihan Pembaca POPULAR-BH 2017, Dila Dyna yang mengunggul­i kategori fiksyen baru-baru ini, menjadikan lagu romantis sebagai cara beliau untuk mendapatka­n ‘mood’ yang betul ketika menulis.

Graduan Teknologi Makmal Perubatan dari Universiti Teknologi MARA (UITM) itu berkata, pemilihan lagu yang bersesuaia­n akan memudahkan­nya untuk menggarap novel seperti dilakukan ketika menyiapkan novel popularnya, Suri Hati Mr Pilot (SHMP).

“Ketika menulis, saya akui ada masanya perlu memiliki perasaan syok sendiri dan ia bukan mudah untuk dilakukan tetapi pemilihan lagu yang betul ketika menulis dapat menghadirk­an perasaan itu.

“Ketika menyiapkan SHMP, saya ditemani lagu Hijrah Cinta oleh Datuk Rossa dan lagu itu membantu saya ‘tenggelam’ dalam perasaan,” katanya kepada Sastera & Budaya di sini.

Sering jiwai watak dalam novel

Di sebalik tanggapan menghasilk­an novel cinta sebagai kerja yang mudah bagi sesetengah penulis, Dila Dyna menegaskan ada masanya beliau perlu menjadi ‘pelakon’ semata-mata kerana mahu menjiwai setiap karakter yang ditulis.

“Bagi saya jika mahu apa yang ditulis memberi kesan kepada pembaca, ia mestilah terlebih dahulu memberi kesan kepada diri pengarang itu sendiri

“Disebabkan itu juga sekiranya menangis ketika menulis adegan sedih, itu bermakna saya sudah benar-benar menjiwai apa yang dilalui karakter yang ditulis,” katanya.

Memperuntu­kkan empat hingga lima jam ketika menulis, ada masanya penulisan beliau turut ‘terganggu’ disebabkan rintangan penulis.

“Ada masanya idea akan datang mencurah-curah tetapi pada waktu lain pula apa yang dirancang tidak begitu menjadi.

“Saya biasanya menulis berdasarka­n draf kasar dan jika mengikut rancangan setiap novel berjaya disiapkan dalam tempoh lapan hingga sembilan bulan.

“Bagaimanap­un ketika menulis novel kedua, idea yang datang berubah-ubah dan menyebabka­n saya terpaksa merombak novel daripada awal hingga akhir dan proses itu mengambil masa dua tahun,” katanya.

 ??  ?? Dila Dyna di samping karyanya.
Dila Dyna di samping karyanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia