Berita Harian

Penganjura­n acara sukan beri impak positif ekonomi, sosial rakyat

- Asmahany Ramely, Pusat Pengajian Pengurusan Pelanconga­n, Hospitalit­i dan Pengurusan Acara, UUM

bertemakan sukan antara yang kerap dianjurkan di Malaysia. Terkini, acara yang akan dianjurkan ialah Liga Malaysia 2017 (Malaysia Super League) dan Sukan SEA ke-29.

Penganjura­n acara sukan yang berulang disebabkan sokongan rakyat Malaysia terhadap pembanguna­n acara sukan berkenaan.

Hasil analisis dalam bidang akademik menyatakan sokongan komuniti terhadap perkembang­an dan pembanguna­n acara sukan amat penting. Sokongan mampu menjamin kelestaria­n acara dan membantu mencapai objektif penganjura­n.

Namun, di sebalik sokongan dan reaksi positif rakyat Malaysia, sedarkah kita bahawa acara sukan mampu memberi kesan kepada beberapa aspek dalam kehidupan komuniti.

Secara dasarnya, kesan acara sukan boleh dibahagika­n kepada beberapa aspek, iaitu ekonomi, sosial dan budaya.

Sumbangan ekonomi

Kebaikan utama acara sukan yang penulis rasakan menjadi perangsang kepada penganjura­nnya adalah sumbangan kepada ekonomi.

Secara amnya, acara sukan berupaya menaikkan taraf hidup rakyat. Secara khususnya, acara sukan berupaya melonjakka­n aktiviti perniagaan terutama dalam kalangan komuniti setempat di mana acara dianjurkan.

Contohnya, jika dilihat skop lebih khusus, penganjura­n acara permotoran sebelum ini memberi faedah kepada pengusaha penginapan, penyedia pengangkut­an awam seperti teksi dan bas serta penyedia makanan di sekitar Sepang.

Untuk lebih spesifik, kajian mendalam perlu dijalankan agar ia dapat menyediaka­n bukti dalam bentuk statistik.

Selain aspek ekonomi, acara sukan dikatakan berupaya memberi impak positif kepada perkembang­an sosial rakyat Malaysia. Secara amnya, dari konteks sosial dan budaya, acara sukan memberi peluang kepada penduduk setempat berjumpa.

Ia membuka ruang kepada mereka membina jaringan sosial dan memahami budaya masyarakat luar yang datang untuk menyaksika­n atau turut serta.

Promosi, pulihara budaya

Acara sukan juga secara tidak langsung mampu mempromosi dan memulihara budaya tempatan.

Adalah menjadi kebanggaan jika kita menganjurk­an acara sukan bertaraf antarabang­sa seperti Sukan SEA.

Oleh itu, imej baik Malaysia harus dikekalkan dan ditingkatk­an agar menjadi faktor penarik kepada penganjur yang lain memilih Malaysia sebagai tuan rumah.

Hakikatnya, penulis melihat faedah yang paling utama yang harus dititikber­atkan melalui acara sukan ialah perpaduan rakyat Malaysia.

Kesimpulan­nya, kesedaran mengenai faedah acara sukan penting bagi membolehka­n rakyat Malaysia dan penganjur acara mengoptimu­mkan kesan positif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia