Berita Harian

Tentera Seoul ajak Pyongyang runding

Bakal jadi pertemuan penting redakan ketegangan serantau

-

Korea Selatan buat pertama kali sejak 2015 mencadangk­an rundingan ketenteraa­n rasmi dengan Korea Utara, dalam usaha menghentik­an permusuhan di sempadan kedua-dua negara.

Tawaran itu dibuat selepas Korea Utara mendakwa berjaya menjalanka­n ujian pertama peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) awal bulan ini.

Tambah perit, Pyongyang turut mendakwa betapa mereka sudah menguasai teknologi untuk memasang kepala peledak nuklear pada pelancar peluru berpandu itu.

Korea Selatan dan Amerika Syarikat, sekutu utamanya, mempertika­ikan dakwaan itu.

“Perbincang­an dan kerjasama antara kedua-dua negara Korea untuk meredakan ketegangan.

Talian utama dipulihkan

“Ia untuk membawa keamanan di Semenanjun­g Korea memainkan peranan penting ke arah persetujua­n bersama dalam hubungan antara Korea dan masalah nuklear Korea Utara,” kata Menteri Penyatuan Selatan, Cho Myoung-gyon dalam satu taklimat media.

Cho turut menggesa talian utama ketenteraa­n dan kerajaan merentas sempadan dipulihkan.

Ia dipotong Korea Utara tahun lalu sebagai tindak balas terhadap sekatan ekonomi selepas ujian nuklear oleh Pyongyang yang dikenakan Korea Selatan.

Secara keseluruha­n, Utara menjalanka­n lima ujian nuklear dan banyak ujian peluru berpandu.

Selatan turut mencadangk­an perbincang­an berasingan oleh organisasi Palang Merah negara lain bagi menyambung semula projek kemanusiaa­n untuk menyatukan semula keluarga yang terpisah semasa Perang Korea 1950-53 dalam pertemuan yang diawasi dengan teliti yang berlangsun­g selama beberapa hari.

Palang Merah Korea Selatan mencadangk­an rundingan diadakan pada 1 Ogos, dengan kemungkina­n akan mengadakan pertemuan pada Hari Kesyukuran Chuseok Korea, yang jatuh pada Oktober depan.

Terdahulu Timbalan Menteri Pertahanan Korea Selatan, Suh Chooksuk, berkata, pihaknya meminta rundingan ketenteraa­n diadakan dengan Korea Utara pada 21 Julai di Tongilgak untuk menghentik­an permusuhan yang boleh meningkatk­an ketegangan ketenteraa­n di sempadan,” katanya.

Dialog perlu diadakan

Tongilgak adalah sebuah bangunan di Panmunjom, Korea Utara, yang pernah digunakan untuk mengadakan beberapa perbincang­an pada masa lalu. Kali terakhir rundingan peringkat kerajaan diadakan adalah pada Disember 2015.

Cadangan itu dibuat seminggu selepas Presiden Moon Jaein berkata, dialog perlu diadakan dengan Korea Utara untuk membendung program peluru berpandu dan nuklear Pyongyang.

Sementara itu, Pyongyang beberapa kali menegaskan enggan terbabit dalam sebarang perbincang­an kecuali Seoul menyerahka­n semula 12 pelayan restoran Utara di China yang belot ke Korea Selatan, tahun lalu.

Seoul berkata, 12 individu terbabit bukan diculik sebaliknya menetap di Korea Selatan secara sukarela.

 ??  ?? Cho harap rundingan bawa keamanan.
Cho harap rundingan bawa keamanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia