Berita Harian

Kebakaran hutan Kanada paksa 24,000 berpindah

60 peratus penduduk British Columbia tinggalkan kediaman

-

Berpuluh ribu penduduk di barat Kanada meninggalk­an kediaman susulan kebakaran hutan lebih seminggu, yang memusnahka­n wilayah British Columbia.

Tambahan, tragedi itu diburukkan lagi dengan angin kuat yang melanda wilayah berkenaan.

Penyiar CBC melaporkan, kebakaran semakin teruk dan pihak berkuasa mengarahka­n pemindahan 24,000 penduduk di wilayah itu, termasuk 11,000 penduduk di Williams Lake.

Setakat ini, kirakira 60 peratus penduduk sudah meninggalk­an kediaman masingmasi­ng.

Menteri Pengangkut­an Wilayah, Todd Stone, pada sidang media semalam berkata, setakat ini, kirakira 37,000 penduduk dipaksa meninggalk­an kediaman sejak kebakaran hutan besar berlaku akibat cuaca kering.

Kerajaan negeri juga mengisytih­arkan darurat pada 7 Julai lalu.

Pihak berkuasa berkata, setakat ini, kirakira 162 kebakaran hutan berlaku, termasuk 15 yang mengancam kediaman penduduk.

Suhudanang­inkencang

Kirakira 3,000 anggota bomba, termasuk 415 anggota daripada wilayah berdekatan berusaha memadamkan api.

Sabtu lalu, sebuah helikopter memadam kebakaran terhempas di rantau ini, namun juruterban­gnya yang bertugas bersendiri­an terselamat dan sedang dirawat di hospital.

Sementara itu di California Amerika Syarikat, anggota bomba yang dilengkapi pesawat pemadam kebakaran berjaya mengawal 11 kawasan kebakaran aktif dari merebak yang disebabkan oleh suhu dan angin kencang.

“Berita baik! Semua amaran pemindahan untuk Alamofire sudah ditarik balik. Namun jentera bomba masih berada di kawasan terbabit. Diminta berhatihat­i,” kata jabatan bomba California di akaun Twitter.

Kebakaran di Whittier, yang bermula 8 Julai lalu membabitka­n kawasan seluas 7,290 hektar, memusnahka­n hampir 2,000 struktur dengan 36 peratus kebakaran berjaya dibendung, menurut agensi itu.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia