Berita Harian

Federer jelas tiada tandingan

Muncul pemain tertua rangkul kejuaraan kelapan peribadi

-

Meskipun kembali menjulang takhta Wimbledon dan memahat namanya dalam rekod kejohanan itu, Roger Federer menyuaraka­n kebimbanga­n betapa dia tak mungkin dapat mengulangi pencapaian sama selepas ini.

14 tahun selepas bintang Switzerlan­d itu beraksi buat kali pertama di The All England Club, dia kembali ke gelanggang sama sebagai pemain veteran berusia 35 tahun yang mengesahka­n tempatnya sebagai pemain terhebat pernah beraksi di atas permukaan rumput dengan merekodkan lapan gelaran.

Keputusan 6-3 6-1 6-4 yang diraih ke atas Marin Cilic adalah satu kemenangan mudah terutamany­a selepas pemain Croatia itu berdepan masalah kaki yang melecet.

Gelaran ke-19

Bagaimanap­un, selepas meraih gelaran ke-19 di hadapan penyokong setianya di Centre Court, Federer mengakui usianya yang kian lanjut dan kecederaan tahun lalu memberi kemungkina­n betapa dia mungkin tidak akan mempertaha­nkan gelarannya itu pada tahun lalu.

“Saya berharap saya dapat kembali tetapi ia bukan satu jaminan terutamany­a pada usia 35 tahun,” katanya kepada pemberita.

Ketika tersingkir di pentas Wimbledon tahun lalu, dia berehat selama enam bulan akibat kecederaan dengan dia turut meragui sama ada mampu bangkit untuk mencipta magis susulan gelaran terakhir yang dimenangin­ya adalah pada 2012.

Namun, segala sangsi itu lenyap dengan kemenangan sensasi pada Terbuka Australia, Januari lalu dan dia mengenepik­an aksi di gelanggang tanah liat untuk memberi fokus pada aksi di atas permukaan kegemarann­ya.

“Saya rasa anda juga mesti tertawa jika saya mengatakan akan memenangi dua gelaran Grand Slam pada tahun ini. Saya juga tidak percaya saya memenangin­ya.

“Tetapi ia adalah menakjubka­n. Saya tidak tahu sampai bila saya mampu bertahan tetapi saya sentiasa mengingatk­an diri supaya mengutamak­an kesihatan terlebih dulu.

“Jika saya dapat berbuat demikian, mungkin saya dapat lakukan perkara yang saya tidak dapat jangka selepas ini.”

 ??  ?? Federer (kiri) muncul juara Wimbledon selepas benam Marin Cilic dari Croatia pada final di London, semalam.
Federer (kiri) muncul juara Wimbledon selepas benam Marin Cilic dari Croatia pada final di London, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia