Berita Harian

Hamilton sanjung Mercedes

-

Silverston­e (United Kingdom): Lewis Hamilton menyanjung pasukan Mercedes kerana menampilka­n ‘hujung minggu sempurna’ ketika dia meraih kemenangan keempat di Grand Prix (GP) British, kelmarin.

Juara dunia tiga kali itu mendominas­i petak pertama untuk menyamai rakan senegara, Jim Clark dari Britain dan Alain Prost dari Perancis sebagai juara lima kali dalam perlumbaan British.

Ia adalah kemenangan ke-57 dalam karier Hamilton dan ia datang daripada penamat satu dua yang sempurna dari Mercedes dengan rakan sepasukan, Valtteri Bottas mengekori di belakang selepas memulakan perlumbaan dari petak kesembilan.

Diserbu peminat

“Saya sangat bernasib baik. Buat pertama kali pasukan melakukan kerja yang luar biasa pada hujung minggu,” katanya yang terlewat ke podium gara-gara dikerumuni peminat yang memenuhi Litar Silverston­e.

“Kereta itu sangat hebat. Saya amat bangga dengan semua orang di kilang. Valtteri melakukan kerja yang luar biasa dengan bangkit kembali dari ketinggala­n. Ia adalah satu hujung minggu yang cukup sempurna buat kami di dalam pasukan.”

Kecemerlan­gan Hamilton bermula selepas permulaan petak depan dalam karier ke-67 sekali gus membolehka­nnya memanfaatk­an kemalangan yang menimpa pendahulu kejuaraan, Sebastian Vettel.

Kedua-dua pemandu Jerman dan rakan sepasukan Ferrari, Kimi Raikkonen mengalami tayar pancit ketika pusingan akhir, yang menyaksika­n Vettel terlepas untuk meraih podium dan meninggalk­annya di tempat ketujuh.

Hasilnya menyaksika­n Vettel yang mendahului kejuaraan kini hanya di depan dengan satu mata.

Dia kini menghimpun­kan 117 mata, berbanding 176 mata dimiliki Hamilton manakala Bottas ketiga dengan 154 mata selepas 10 daripada 20 perlumbaan tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia