Berita Harian

Klopp makin hilang sabar

Selepas gagal pikat Van Dijk, Keita, Liverpool cari sasaran baharu

-

̌

Jurgen Klopp mendedahka­n Liverpool berkemungk­inan terpaksa mencari sasaran baharu untuk pembelian pemain selepas mengakui sudah semakin hilang sabar.

Setakat ini Liverpool sudah menandatan­gani Mohamed Salah dan Dominic Solanke, selain hampir selesai menandatan­gani pemain pertahanan kiri Hull City, Andy Robertson.

Jika urusan selesai itu dalam tempoh beberapa hari ini, Robertson dijangka terus kekal berada England dan tidak terbang ke Hong Kong untuk menyertai saingan Piala Liga Perdana.

Peluang sasaran utama Klopp sebelum ini iaitu Virgil Van Dijk dan Naby Keita setakat ini jelas semakin tipis, menurut semalam.

Tatkala Liverpool menerima malu selepas Southampto­n membuat aduan kepada pengurusan Liga Perdana berhubung tindakan mereka cuba memancing Van Dijk, kelab Jerman, RB Leipzig secara diam-diam dikatakan cuba mendapatka­n Keita.

Nafi tawaran

Pun begitu, Leipzig menafikan ada membuat tawaran sebanyak 57 juta pound (RM320.39 juta) dan menjelaska­n tidak akan membuat bidaan lagi tatkala Keita lebih berminat ke Anfield.

Jika kebuntuan itu berterusan, pengurus Liverpool menyedari dia perlu ke tempat lain untuk menandatan­gani pemain bagi memperkuat­kan skuadnya.

“Kami kini hampir mempunyai semua yang diperlukan,” kata Klopp.

“Tetapi pada akhirnya ia tetap satu perniagaan, sekiranya kamu mempunyai wang. Kamu keluar dan lihat kereta yang kamu impikan sepanjang hidup. Kamu berkata ‘ini duitnya’ namun mereka mengatakan kepada anda: “Saya tidak mahu kamu menjual kereta itu.” Kamu berkata “Tetapi saya mempunyai duit!” tetapi mereka berkata: “Saya tidak mahu menjualnya.”

“Perkara seperti ini berlaku dalam hidup, bukan hanya bola sepak. Ia bukan mengenainy­a. Mereka berkata “cari kereta lain dengan warna berbeza”, namun kamu berkata “ia okey cuma saya mahu ini”.

“Ia perkara mudah. Kamu boleh bayangkan bagaimana ia bekerja. Ia bukan mengenai kita membuat sesuatu yang tidak dilakukan di kelab lain. Ataupun kita lebih bodoh atau mereka lebih pintar.

 ??  ?? Daily Mail Keita Van Dijk
Daily Mail Keita Van Dijk

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia