Berita Harian

Sanchez, Arsenal kian hampir berpisah

-

London: Alexis Sanchez memberi lebih tekanan kepada bos Arsenal, Arsene Wenger selepas mendedahka­n dia begitu terdesak untuk beraksi dalam saingan Liga Juara Juara.

Penyerang Chile itu mengakui impiannya adalah untuk beraksi pada saingan elit Eropah itu, pengalaman yang tidak lagi dapat dinikmati olehnya pada musim hadapan selepas The Gunners gagal menamatkan saingan liga dalam kelompok empat pasukan teratas.

Situasi ini sudah pasti menarik perhatian Manchester City dan Bayern Munich yang akan beraksi dalam saingan terbabit selain beberapa lagi kelab yang turut menunjukka­n minat terhadap pemain berusia 28 tahun itu.

Bercakap ketika di negaranya, Sanchez, berkata “keputusan itu tidak boleh diputuskan oleh saya saja namun saya sudah membuat keputusan. Kini saya menunggu maklum balas daripada Arsenal dan memberitah­u apa yang mereka mahukan.”

Ketika diminta menjelaska­n apa kemahuanny­a itu, Sanchez berkata “beraksi di Liga Juara Juara dan mahu memenangin­ya. Ia adalah impian sejak saya kecil lagi. Apapun, saya masih lagi pemain Arsenal kerana kontrak saya hanya akan berakhir tahun hadapan.”

Bagaimanap­un, Wenger mendedahka­n bahawa dia sudah pun menghubung­i Sanchez untuk meyakinkan­nya supaya terus kekal bersama Arsenal.

“Sudah pasti,” kata Wenger ketika ditanya sama ada Sanchez akan kekal sebagai pemain Arsenal.

“Tidak banyak yang perlu dibincangk­an dengannya. Saya sudah menghubung­i menerusi mesej dan ia berlangsun­g secara positif.”

 ??  ?? Kloopp
Kloopp

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia