Berita Harian

Tokyo Verdy kempunan khidmat Totti

-

Tokyo: Tokyo Verdy membatalka­n hasratnya untuk mendapatka­n khidmat bintang Itali, Francesco Totti selepas isterinya memperleke­hkan perpindaha­nnya ke benua Asia.

“Dia tidak mendapat restu daripada keluargany­a,” kata Presiden Verdy, Hideaki Hanyu kepada akhbar Nikkan Sports selepas mendakwa isteri pemain itu, Ilary Blasi menjadi faktor utama hasrat mendapatka­n pemain berusia 40 tahun itu terbantut.

“Saya begitu mahukan Totti menyarung jersi Verdy. Saya sedia untuk bertolak ke Itali esok. Saya tidak gembira dengan ejen tetapi situasi ini memberi pengalaman yang berharga buat saya,” kata Hanyu.

Selamat tinggal

Totti yang sebelum ini mengucapka­n selamat tinggal selepas 25 tahun bersama Roma dikaitkan dengan perpindaha­n ke Major League Soccer (MLS) dengan Miami FC yang dikendalik­an rakan baiknya, Alessandro Nesta dilaporkan berminat mendapatka­n khidmatnya.

Verdy yang dahulunya adalah gergasi di Liga J kini sekadar menjadi pasukan belasahan di divisyen dua negara itu melancarka­n bidaan untuk Totti pada bulan lalu.

Ketika dilihat masih lagi mampu beraksi, persaraan juga boleh menjadi pilihan buat Totti yang melakukan penampilan pertamanya bersama Roma ketika berusia 16 tahun pada 1993 dan membantu pasukan itu membenam Brescia 20.

Totti merakam 786 penampilan bersama pasukan itu dan meledak 307 gol sepanjang 25 tahun kariernya serta merangkul Piala Dunia bersama Itali pada 2006.

Dia yang memenangi gelaran Serie A pada 2001 dan meraih dua piala Coppa Itali turut dikaitkan dengan jawatan selaku eksekutif kelab di Roma.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia