Berita Harian

Nolito tinggalkan Etihad sertai Sevilla

-

Madrid: Pasukan Sevilla menandatan­gani pemain sayap antarabang­sa Sepanyol, Nolito dari Manchester City, umum kelab La Liga itu kelmarin.

Pemain berusia 30 tahun yang hanya menyertai City dari Celta Vigo setahun lalu berpindah dengan bayaran sebanyak 6 juta euro (RM29.54 juta) dan kontrak selama tiga tahun.

“Nolito akan bersama Sevilla untuk tempoh tiga musim sehingga Jun 2020,” kata kelab itu menerusi laman sesawangny­a.

Pemain berkenaan menjaringk­an enam gol antarabang­sa dalam 16 penampilan, namun bergelut untuk merebut ke dalam pasukan utama di bawah kendalian jurulatih City, Pep Guardiola.

Ambil tempat Vitolo

Nolito akan mengambil tempat Vitolo di Ramon Sanchez-pizjuan selepas rakan sepasukan dari Sepanyol meninggalk­an Atletico Madrid awal minggu ini sekali gus bersatu semula bersama ketua jurulatih Sevilla, Eduardo Berizzo, ketika dia bermain di bawahnya selama dua tahun di Celta.

Berizzo berharap Nolito akan dapat mengubah rentak ketika menyaksika­n pemain itu menjaringk­an 39 gol di La Liga dalam 100 penampilan sejak 2013-2016 ketika bersama Celta.

Perjanjian itu cukup sempurna buat Sevilla, selepas turut menyambar penyerang Colombia, Luis Muriel dari Sampdoria pada Selasa.

Kelab itu sudah menandatan­gani empat pemain secara keseluruha­n sejak Berizzo menyertai sebagai ketua jurulatih itu pada Mei lalu, selepas Jorge Sampaoli meninggalk­an kelab berkenaan untuk bersama Argentina.

 ??  ?? Vitolo memberi laluan kepada Nolito.
Vitolo memberi laluan kepada Nolito.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia