Berita Harian

Peluang Hafizh belum tertutup

Prinsipal pasukan optimis pelumba PETRONAS beraksi dalam Motogp musim depan

- Oleh Khairil S Iswan

Hafizh Syahrin Abdullah tetap berpeluang beraksi di kelas utama Motogp musim depan di sebalik prestasi kurang meyakinkan dalam saingan Moto2 setakat ini.

Selepas sembilan pusingan, keputusan pelumba PETRONAS Raceline Malaysia itu tidak berada di tahap yang meyakinkan apabila sekadar mengumpul 43 mata kejuaraan untuk berada di tangga ke11 keseluruha­n.

Situasi itu pantas mencetus keraguan mengenai kemampuann­ya untuk beraksi di kelas elit Kejuaraan Motosikal Dunia itu, namun bagi prinsipal pasukan, Barry Leong, ia tidak bermakna peluang pelumba berusia 22 tahun itu sudah tertutup.

Sambil mendedahka­n situasi yang merencatka­n prestasi anak didiknya itu, Barry berkata dia sudah melakukan beberapa penambahba­ikan agar impian itu dapat direalisas­i.

“Sebenarnya, saya baru kembali bersama Hafizh bagi pusingan kelapan berikutan beberapa masalah termasuk kesihatan saya yang tidak begitu mengizinka­n,” kata Barry.

Hilang banyak mata

“Saya akui memang kedudukan Hafizh ketika ini jauh daripada kedudukan yang kita kehendaki pada awalnya. Tetapi, ia tidak bermakna peluang itu sudah tiada.

“Ia bukan mudah kerana kami kehilangan begitu banyak mata dalam tujuh pusingan sebelum ini, namun kami akan cuba dengan segala kemungkina­n yang ada. Secara matematik, kami masih di landasan namun perlu bekerja amat keras,” katanya.

BH Sukan sebelum ini melaporkan Hafizh berpeluang cerah beraksi di perlumbaan elit Motogp musim depan, namun dengan syarat menamatkan saingan musim ini di kedudukan lima terbaik keseluruha­n selain mendaki podium.

Sebuah portal asing sebelum ini mengatakan Hafizh belum bersedia untuk beraksi di perlumbaan Motogp musim depan dengan tempoh paling awal baginya membuat kemunculan pada 2019.

Tahun lalu, Hafizh menamatkan saingan Moto2 di tangga kesembilan keseluruha­n dan kedua terbaik di Asia selepas pelumba Jepun, Takaaki Nakagami.

 ??  ?? Hafizh Syahrin
Hafizh Syahrin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia