Berita Harian

SMK Mutiara Impian rampas kedudukan pendahulu

-

Putrajaya: Saingan bagi memburu tempat ke separuh akhir Piala Menteri Pendidikan Malaysia (KPM) Bawah-14 semakin sengit di kalangan lima pasukan teratas Liga Super.

Sekolah Sukan Negeri (SSN) Pulau Pinang, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara Impian kembali merampas kedudukan pendahulu manakala tiga lagi pasukan – Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) ‘A’ B-14, SMK Bukit Indah dan SSMP ‘A’ B-13 semuanya terus mengekori rapat dengan 15 mata.

Untuk rekod, hanya dua pasukan teratas Liga Super akan meneruskan kemaraan ke peringkat separuh akhir dan mereka akan disertai dua pasukan daripada Liga Perdana.

Dalam aksi di Simpang Ampat, SMK Mutiara Impian mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas pencabar terdekat sebelum ini, SMK Syed Hassan (SSN Perlis) menerusi jaringan lewat permainan Muhammad Syahmi Nasir.

Lonjak kedudukan

Kemenangan membolehka­n pasukan bimbingan Faqhri Sobri itu melonjak semula ke kedudukan teratas dengan 17 mata, manakala SMK Syed Hassan tergelinci­r ke tangga kelima dengan 13 mata.

SSMP ‘A’ B-14 bimbingan Effendi Malek pula melonjak ke tangga kedua dengan 15 mata apabila mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas SMK Za’ba (SSN Negeri Sembilan) dalam aksi di Akademi Mokhtar Dahari, Gambang.

Gol jaringan Azzanis Adzri Abdul Halim (m-35) dan Najmudin Akmal (m-57, 64) membantu pasukan SSMP ‘A’ B-14 yang beraksi kurang tiga perlawanan berbanding SMK Mutiara Impian mengekalka­n rekod bersih lima kemenangan daripada lima perlawanan.

Akademi Johor Darul Takzim, SMK Bukit Indah pula melonjak ke tangga ketiga juga dengan 15 mata selepas turut melakar kemenangan kelima dengan menewaskan SSN Sarawak, SMK Tabuan Jaya 3-1 di Kuching.

Perlawanan lain menyaksika­n Akademi Felda, SMK Presint 14 (1 ) Putrajaya mencatat kemenangan 2-1 ke atas SSN Pahang, SMK Seberang Temerloh manakala perlawanan di antara SMK Seri Titiwangsa (SSN Kuala Lumpur) dan SMK Bukit Nenas (SSN Terengganu) berkesudah­an seri 2-2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia