Berita Harian

Tampin Elite juara hoki Piala MB

-

Seremban: Pasukan Tampin Elite membuktika­n betapa kekuatan mereka sukar digugat apabila muncul juara Kejohanan Liga Hoki Negeri Sembilan Piala Menteri Besar 2017, kelmarin.

Pasukan itu menewaskan Kelab Hoki Gemencheh 4-1 dalam aksi final di Stadium Hoki Seremban 2.

Selaku juara, Tampin Elite meraih trofi dan wang tunai RM10,000 manakala Kelab Hoki Gemencheh membawa pulang RM7,500 dan medal.

Kapten Tampin Elite, Shazrul Ekhmar berkata, kejayaan itu membolehka­n mereka menebus kegagalan tahun lalu apabila sekadar mara ke peringkat separuh akhir.

“Selepas perjalanan kami tersekat di pertengaha­n saingan tahun lalu, kali ini kami dapat bangkit semula dengan menjulang kejuaraan buat kali kelima.

“Ia hasil daripada kerja keras dan kami berharap dapat kekalkan kejuaraan ini pada tahun depan,” katanya.

Kekecewaan terubat

Kekecewaan Kelab Hoki Gemencheh bagaimanap­un terubat tetap apabila pasukan wanita mereka menewaskan Kelab Hoki N9 3-0 untuk muncul juara.

Selaku juara, mereka meraih trofi dan wang tunai RM3,000 manakala naib juara menerima RM2,000.

Pemain lelaki dan wanita terbaik kejohanan diraih Mohd Fazrie Ahmad (Tampin Elite) dan Intan Maizuri Hamzah (Kelab Hoki Gemencheh).

Kejohanan anjuran Persatuan Hoki Negeri Sembilan (PHNS) disertai 24 pasukan dan antara usaha melahirkan bakat baharu serta memantapka­n sukan hoki di negeri ini.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gemencheh, Datuk Mohd Isam Mohd Isa.

 ??  ?? Pemain Tampin Elite ceria memperagak­an trofi selepas muncul juara Kejohanan Liga Hoki Negeri Sembilan Piala Menteri Besar 2017, kelmarin.
Pemain Tampin Elite ceria memperagak­an trofi selepas muncul juara Kejohanan Liga Hoki Negeri Sembilan Piala Menteri Besar 2017, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia