Berita Harian

Diana janji peraga aksi terbaik di pentas wushu

- Oleh Azidan Nahar

Kuala Lumpur: Biarpun beraksi di laman sendiri, jaguh wushu negara, Diana Bong tampak merendah diri apabila hanya mahu melakukan yang terbaik bagi menghadiah­kan pingat emas buat negara pada Sukan SEA Ke29 di Kuala Lumpur, Ogos ini.

Atlet berusia 31 tahun itu akan menyertai tiga acara untuk merebut dua emas menerusi disiplin nanquan dan gabungan nandoa-nangun pada penampilan keenamnya dalam temasya dwitahunan itu.

“Saya sertai tiga acara dan hanya sasarkan untuk melakukan yang terbaik kerana ia membabitka­n acara gabungan,” katanya ketika ditemui.

Bagi Diana yang berasal dari Sarawak, dia lebih suka tidak menyasarka­n apa-apa kerana yakin jika dia beraksi dengan baik, keputusan yang bagus pasti akan dicapai tanpa menolak kemungkina­n beraksi di laman sendiri turut memberikan tekanan.

Sepanjang enam kali menyertai Sukan SEA, Diana meraih keputusan paling teruk di Singapura dua tahun lalu apabila gagal meraih emas selepas mengumpul tiga emas satu gangsa sebelum ini.

Latihan di China

“Di Singapura saya melakukan kesilapan dalam acara pertama menyebabka­n pungutan mata tidak mencukupi walaupun beraksi baik dalam acara kedua.

“Dari segi saingan pula, setiap lawan ada potensi (meraih emas) kerana itu saya berjanji untuk melakukan yang terbaik apatah lagi saya adalah antara atlet paling berpengala­man dalam acara ini,” katanya.

Katanya, latihan selama sebulan di China sebelum ini banyak memberikan pendedahan berguna buatnya, apatah lagi mereka terpaksa menghadapi pertanding­an dan latihan dalam tempoh yang singkat.

“Program di sana (China) sangat intensif, ia mencabar. Sebulan kami di sana dan banyak yang saya belajar daripadany­a,” katanya.

Diana memenangi acara nanquan-nandao pada penampilan pertama di Thailand pada 2007 dan mengulangi­nya dalam acara nangun-nandao di Laos.

Pada 2011 di Indonesia dia meraih gangsa dalam acara nandaonang­un.

Temasya Myanmar pada 2013, menyaksika­n Diana meraih emas ketiga dalam acara nanquan tetapi gagal mempertaha­nkan pingat itu di Singapura.

 ??  ?? Diana akan menyertai tiga acara untuk merebut dua emas menerusi disiplin nanquan dan gabungan nandoa-nangun.
Diana akan menyertai tiga acara untuk merebut dua emas menerusi disiplin nanquan dan gabungan nandoa-nangun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia