Berita Harian

Obor dibawa menyelam pada penyerahan di Besut

- Oleh Nurul Fatihah Sulaini

Jertih: Larian Obor Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bersempena Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 peringkat daerah Besut berlangsun­g unik apabila obor berkenaan dibawa menyelam oleh pasukan penyelam profesiona­l di sekitar Pulau Perhentian, semalam.

Gimik acara itu diketuai Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Rozi Mamat dengan obor di bawa menyelam kira-kira 15 minit di kawasan sekitar pulau peranginan berkenaan.

Selepas itu, Rozi menyerahka­n obor berkenaan kepada Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepengguna­an negeri, Nawi Mohamad yang membawanya berlari mengelilin­gi pekan Kuala Besut sevelum berakhir di Pejabat Tanah dan Daerah Besut sejauh lima kilometer.

Panas terik

Nawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Besut berkata, lebih 50 peserta menyertai larian termasuk pelajar sekolah, pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Mizan, belia serta kakitangan agensi kerajaan dan swasta sekitar daerah ini.

“Walaupun cuaca panas terik namun peserta larian tetap bersemanga­t untuk meneruskan larian sekali gus menunjukka­n sokongan padu mereka terhadap atlet yang akan mewakili negara pada kedua-dua temasya itu.

“Kita harapkan semua atlet yang bertanding dapat mengharumk­an nama negara dengan meraih pingat emas,” katanya.

Turut sama menyertai larian, Pengerusi Jawatankua­sa Pertanian, Industri Asas Tani dan Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi negeri, Datuk Muhammad Pehimi Yusof yang juga ADUN Jertih.

Majlis penutup larian obor itu disempurna­kan Pegawai Daerah Besut, W Ismail Sahaimi W Omar.

 ?? [FOTO NURUL FATIHAH SULAINI/BH] ??
[FOTO NURUL FATIHAH SULAINI/BH]
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia