Berita Harian

MSN harap Ziyad, Latif terus gegar

Selepas aksi cemerlang di London, sentuhan hebat dua atlet Para ditagih pada Sukan SEA pula

- Oleh Sukhairi Thani

Majlis Sukan Negara (MSN) berharap dua atlet paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly terus melakar kejutan luar biasa pada

(gambar)

penyertaan mereka di Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), bulan depan.

Ziyad dan Abdul Latif masingmasi­ng memecahkan rekod dunia dan memperbaha­rui rekod kejohanan dalam acara lontar peluru F20 dan lompat jauh T20 di Kejohanan Olahraga Para Dunia di London, kelmarin.

Justeru, MSN percaya rentak cemerlang itu bakal menjadi tonik terbaik kepada Ziyad dan Latif untuk membantu negara meraih pingat pada penampilan sulung kedua-duanya berentap menyaingi atlet normal pada temasya terbesar Asia Tenggara itu.

Malah, Ziyad yang memecahkan rekod dunia miliknya dengan catatan baharu 17.29m di London, menjadi prospek dalam pemburuan emas, apatah lagi pemenang emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 itu berada di tangga kedua ranking atlet normal Asia Tenggara.

“Dia berada di ranking kedua Asia Tenggara di belakang atlet Thailand, jadi Ziyad diharap dapat memberi cabaran yang kuat bagi mendapatka­n emas.

“Andai Ziyad mampu melakukan seperti yang dilakukann­ya, sudah tentu ia satu pencapaian luar biasa di KL2017,” kata Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail, semalam.

Bukan mustahil

Atlet Thailand, Promrob Juntima memenangi emas acara itu di Singapura 2015 dengan lontaran 17.47m - hanya lebih 0.18m daripada catatan dilakukan Ziyad di London, kelmarin.

Dan andai berdasarka­n rekod dua tahun lalu juga, Ziyad sudah mengatasi pemenang pingat perak yang juga rakan sepasukan Juntima, Chatchawal Polyiam yang melakukan lontaran sejauh 17.05m.

Adi Aliffudin Hussin yang mewakili negara ketika itu mencatat 16.96m untuk menghadiah­kan gangsa buat kontinjen negara.

Mengulas mengenai peluang Latif pula, Ahmad Shapawi berkata peluang atlet itu bagaimanap­un sukar kerana berada di ranking kelima.

“Namun, bukan sesuatu yang mustahil Latif mampu memberi cabaran dan memenangi pingat,” katanya.

Latif memperbaik­i rekod kejohanan 7.35m yang dilakukann­ya di Doha Qatar pada 2015 dengan catatan baharu 7.37m, namun rekod dunia (7.60m) yang diciptanya di Sukan Paralimpik Rio 2016 masih kekal menjadi milik atlet kelahiran Perlis itu.

Untuk rekod, pada temasya Sukan SEA Singapura 2015, atlet Thailand, Supanara Sukhasvast­i memenangi emas dengan lompatan sejauh 7.75m manakala perak menjadi milik, Pham Van Lam (Vietnam), 7.52m. Gangsa dimiliki atlet Filipina dengan lompatan 7.51m.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia