Berita Harian

Jafri yakin skuad B-22 ada peluang ke China

- Oleh Syafiq Aznan

Kuala Lumpur: Penyerang skuad Bawah 22 tahun negara (B-22), Mohd Jafri Firdaus Chew menyifatka­n Malaysia memiliki peluang yang cerah melayakkan diri ke saingan Kejuaraan Bawah 23 tahun (B-23) Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) 2018 yang berlangsun­g di China, tahun depan.

Justeru, penggempur Pulau Pinang itu mahukan rakan sepasukan supaya menunjukka­n komitmen 100 peratus ketika turun beraksi pada Kelayakan Kejuaraan B-23 AFC 2018 di Bangkok yang akan membuka tirainya, esok.

“Tekanan itu memang ada kerana ini adalah satu kejohanan yang begitu besar. Tetapi kami tidak mahu ia terlalu menekan kami, jadi kami mengambil cabaran yang perlu dilalui oleh kami sebagai positif.

“Sasarannya untuk layak ke Kejuaraan B23 AFC 2018 dan saya lihat peluang kali ini lebih baik berbanding sebelum ini susulan tidak diundi bersama gergasi bola sepak Asia yang lain seperti Jepun dan Korea Selatan.

“Jadi ini kesempatan yang perlu dimanfaatk­an sepenuhnya oleh saya dan rakan sepasukan. Kami akan memberikan yang terbaik bagi mengharumk­an nama Malaysia,” katanya yang berlepas ke Bangkok bersama pasukan, semalam.

Prestasi sebenar

Skuad B-22 diundi dalam Kumpulan H dan akan bertemu Indonesia pada perlawanan pertama, esok dan bakal diuji Thailand pada aksi kedua sebelum menutup kempen bertemu Mongolia dengan juara setiap kumpulan dan lima naib juara terbaik akan layak secara automatik ke China.

Mengulas lanjut mengenai prestasi semasanya, dia mengakui sedang bekerja keras untuk meningkatk­an lagi mutu permainann­ya terutamany­a selepas mengharung­i aksi kurang memberangs­angkan ketika berdepan skuad B-22 Myanmar di Stadium Shah Alam, Khamis lalu.

“Itu bukanlah prestasi sebenar saya apabila banyak terlepas peluang untuk menjaringk­an gol. Jadi saya berazam untuk memperagak­an aksi yang lebih baik jika diturunkan pada aksi kelayakan di Bangkok nanti,” katanya.

 ??  ?? Mohd Jafri Firdaus
Mohd Jafri Firdaus

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia