Berita Harian

Pemain tuntut KAFA selamatkan Kelantan

Mahu Zahasmi latih semula pasukan

- Oleh Hasbullah Ibrahim

“Kami mahu Zahasmi Ismail kembali menjadi ketua jurulatih Kelantan!,” tegas pemain yang mahu identitiny­a dirahsiaka­n berikutan prestasi buruk The Red Warriors (TRW) dalam empat perlawanan terakhir.

Pemain berkenaan berkata, corak latihan ketika di bawah kendalian Zahasmi nyata lebih sesuai berbanding taktikal diterapkan Pengarah Teknikal, Alfredo Gonzales yang nyata gagal membantu meningkatk­an prestasi pasukan.

“Malah tindakan Alfredo terlalu kerap membuat pertukaran pemain setiap kali perlawanan dikhuatiri mengganggu momentum permainan pasukan yang baru menunjukka­n tahap keserasian.

“Dia (Alfredo) seakan ingin membuat eksperimen untuk memilih taktikal yang sesuai sedangkan buat masa sekarang kita perlu fokus untuk memburu kemenangan memandangk­an saingan liga dan Piala Malaysia semakin menghampir­i kemuncakny­a,” katanya.

Mangsa belasahan

Mengulas cadangan kelab penyokong untuk merehatkan Alfredo, dia bersetuju malah menggesa Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) segera bertindak demi menyelamat­kan pasukan daripada terus menjadi mangsa belasahan pasukan lain.

“Faktor kemerosota­n prestasi pasukan juga didorong selepas ketiadaan penyerang import berbisa dari Lubnan, Mohammed Ghaddar yang berhijrah ke Johor Darul Ta'zim (JDT).

“Kehilangan Ghaddar amat dirasai rakan sepasukan, malah kita juga bergelut dengan prestasi buruk import, Alessandro Padovani Celin yang gagal menyerlah dalam perlawanan yang diharungi sebelum ini,” katanya.

BH semalam melaporkan, kekalahan demi kekalahan Kelantan dalam saingan Liga Super dan kempen Piala Malaysia musim ini bukan disebabkan ‘boikot’ di kalangan pemain, sebaliknya berpunca daripada taktikal yang diterapkan Alfredo.

 ??  ??
 ??  ?? Aksi Celin (kanan) bersama Kelantan kurang menyerlah dalam saingan Liga Malaysia.
Aksi Celin (kanan) bersama Kelantan kurang menyerlah dalam saingan Liga Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia