Berita Harian

Dollah harap pemain bangkit

- Oleh Asrol Awang

Kuantan: Pengendali Pahang, Dollah Salleh mahu pemainnya menjadikan kemenangan 3-1 ke atas PKNS FC Sabtu lalu, sebagai motivasi untuk mengutip tiga mata pertama apabila berdepan T-team dalam kempen Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini.

Selepas dua perlawanan, skuad Tok Gajah gagal mencatat kemenangan apabila sekadar seri 1-1 dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) FC dan Negeri Sembilan (2-2) untuk berada di kedudukan ketiga Kumpulan A dengan dua mata.

Pahang perlu mencatat kemenangan ke atas T-team jika mahu menghidupk­an peluang Jurulatih Pahang merebut tempat ke suku akhir piala berprestij itu memandang PKNP FC dilihat lebih menyerlah dengan empat mata.

Justeru, bekas pemain kebangsaan itu berkata, kebangkita­n yang dipersemba­hkan pemainnya ketika membenam PKNS FC dalam saingan Liga Super diharap dapat dipamerkan apabila bertemu kelab Terengganu itu.

Kerja keras

“Saya mengharapk­an kemenangan itu menjadi suntikan semangat buat pemain untuk meraih tiga mata pertama dalam saingan Piala Malaysia selepas sekadar seri dengan Negeri Sembilan dan PKNP FC.

“Saya percaya pemain akan kembali mempamerka­n persembaha­n meyakinkan biarpun beraksi di tempat lawan,” katanya semalam.

Sementara itu, kapten pasukan Saiful Nizam Miswan berkata, tiga mata menjadi matlamat utama skuad Tok Gajah untuk kembali berada pada kedudukan terbaik dalam kumpulan.

Katanya, dua keputusan seri sebelum ini menuntut skuad Tok Gajah bekerja keras untuk merebut tempat lapan pasukan terbaik.

“Saya harap rakan sepasukan dapat meningkatk­an kualiti permainan sekali gus kembali berada pada kedudukan terbaik dalam kumpulan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia