Berita Harian

Negeri Sembilan sedia ‘ajar’ PKNP FC di Proton City

- Oleh Mohd Amin Jalil

Seremban: Selepas sekadar mencatatka­n dua kali seri, Negeri Sembilan yakin mereka mampu bangkit melakar kemenangan apabila turun menentang pendahulu Kumpulan A, PKNP FC dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Proton City, Tanjung Malim, petang ini.

Ketua jurulatihn­ya, Mohd Asri Ninggal berkata, dia yakin semangat dan komitmen anak buahnya masih tinggi di sebalik kekecewaan apabila sekadar seri tanpa jaringan menentang MISC-MIFA dalam aksi Liga Perdana, Jumaat lalu.

“Saya yakin dan percaya semangat pemain Negeri Sembilan tidak akan luntur walaupun selepas persembaha­n kurang memberangs­angkan dipamerkan ketika bertemu MISC-MIFA.

“Malah, saya juga yakin pemain akan mempamerka­n kebangkita­n untuk mendapatka­n kemenangan pertama kerana ia penting dalam usaha pasukan untuk berada dalam kedudukan terbaik carta kumpulan dan seterusnya memberikan saingan,” katanya semalam.

Kurang cergas

Ketika ini Negeri Sembilan berada di tempat kedua kumpulan selepas meraih dua mata daripada dua perlawanan apabila sekadar seri menentang Pahang dan Tteam.

Mengenai kedudukan penyerang Bruno Suzuki dan Jonathan Behe yang tidak beraksi pada perlawanan Jumaat lalu, Mohd Asri berkata, pihaknya belum dapat pastikan sama ada mereka dapat diturunkan atau tidak.

Menurutnya, kedua-dua pemain itu kurang cergas dan memerlukan sedikit masa untuk mencapai tahap terbaik, namun kedudukan kedua-dua pemain itu akan diputuskan pegawai perubatan pasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia